JANGAN SILAP
INI BUKAN
BERSIH 5
DI TERANGANU
INI DATUK SERI
LAWAAN ENCIK
0 0 0 New
Polis tidak akan lindungi gerakan ‘Gelombang Kuning’
Polis percaya pihak tertentu cuba mengaitkan pihak Istana dalam usaha mereka untuk mengganggu pentadbiran kerajaan negeri sedia ada
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk ahli politik dipercayai terlibat dalam gerakan ‘Gelombang Kuning’ yang cuba mengganggu pentadbiran kerajaan sedia ada di negeri ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kain rentang berwarna kuning dengan tulisan ‘Gelombang Kuning’ itu mula dikesan kira-kira 10 hari lepas di beberapa daerah di negeri ini.
Pihaknya percaya kain rentang yang dinaikkan itu cuba mengaitkan pihak istana serta menunjukkan protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri ketika ini.
“Mereka mempamerkan kain rentang di tempat awam antaranya kawasan rekreasi dan kawasan bulatan Batu Bersurat dengan menggunakan warna kuning seperti mendapat restu daripada pihak istana.
Saya ingin tegaskan pihak istana tidak terlibat langsung dalam gerakan ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba mempengaruhi dan mengelirukan orang ramai dengan penglibatan pihak istana,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya sebanyak sembilan laporan polis telah diterima, enam di Kuala Terengganu, masing-masing satu laporan di Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu
LAWANG
LAWANG
SAMPAI
MATA BUNTANG
MATI TELENTANG
-------------------
2 ulasan:
Lawang, lawang sesama kita lawang bila menang pemimping yang dapak beliong-beliong .. rakyat tetap misking .. cukop makang je.
Kita tunggu apa kata istana. errr... berani ke istana teganu berkata2 mcm istana johor?
Catat Ulasan