Isnin, 17 April 2017

BANI MELAYU WAJIB BACA





BERITA

WAJIB BACA

UNTUK 

BANI MELAYU

BANGSA JOHOR

18 petani China terpedaya gaji RM5,745 jadi pekerja di Johor

 | April 16, 2017
Seramai 18 petani dari wilayah Henan itu mendakwaterpaksa menjual tanah dan ternakan bagi mengumpul 20,000 hingga 60,000 yuan (RM12,700 hingga RM38,300) untuk dibayar kepada ejen China itu.







PETALING JAYA: Seramai 18 petani di China terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Senai selepas ditipu ejen palsu yang menyalahgunakan nama pemaju hartanah negara itu yang melabur di Malaysia sebagai umpan untuk menjadi pekerja binaan di Johor.
Menurut laporan China Press, 18 petani dari beberapa kampung di wilayah Henan itu mendakwa mereka terpaksa menjual tanah dan ternakan bagi mengumpul 20,000 hingga 60,000 yuan (RM12,700 hingga RM38,300) untuk dibayar kepada ejen China itu.
Mereka kemudiannya diterbangkan dari Guangzhou ke Johor Bahru untuk bekerja di sebuah tapak binaan milik pemaju hartanah terkenal di China dengan gaji 9,000 yuan (RM5,745) dan selepas melalui tempoh percubaan 2 bulan, gaji akan dinaikkan sehingga 13,000 yuan (RM8,298) sebulan.
Bagaimanapun, mereka hanya menyedari tertipu selepas ditinggalkan di tapak binaan itu pada malam 10 April lalu dan tidak dapat menghubungi ejen terbabit.
Mereka turut mendapati tiket penerbangan 2 hala sebenarnya adalah sehala dan permit kerja hanyalah pas lawatan yang akan tamat tempoh pada 24 April ini.
Kumpulan itu kemudiannya tiba di Lapangan Terbang Senai dan terpaksa bermalam di lobi serta menahan lapar kerana sehari hanya makan sekali kerana tidak mempunyai wang.
Seorang daripada mangsa itu berkata, kebanyakan daripada mereka menanam jagung dan gandum di kampung halaman, tetapi disebabkan harga tidak baik, jadi mereka berharap dapat mencari pendapatan lebih tinggi di Malaysia.

Tambahan, katanya, mereka tidak dapat membuat laporan polis kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya bercadang membuat laporan kepada pihak berkuasa sekembali ke China.
Sebahagian daripada mangsa itu sudah menghubungi keluarga di kampung halaman untuk menghantar wang kepada mereka bagi membeli tiket pulang ke China. Ada di antara mereka sudah membeli tiket dan akan pulang esok.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Teh Kee Sin dipetik China Press berkata, itu bukan kes pertama kerana sekumpulan rakyat China turut menjadi mangsa penipuan ejen 2 minggu lalu dan mereka hanya pulang ke kampung halaman selepas terkandas lebih seminggu di Lapangan Terbang Senai.
Katanya, beliau terserempak kumpulan rakyat China itu bermalam di Lapangan Terbang Senai ketika hendak menaiki pesawat ke luar negara.
“Selepas bertanya, saya baru tahu kumpulan pekerja itu datang dari Chengdu, Sichuan di China. Mereka dakwa dibawa ejen ke Malaysia untuk bekerja dengan pemaju China di Johor Bahru. Tetapi, mereka hanya sedar ditipu selepas tiba di sini.
“Mereka kata agensi itu mendakwa ada menyediakan tiket penerbangan pergi balik, tetapi setiba di sini mereka dapati tiket pulang adalah palsu.”
Katanya, kumpulan pekerja itu berkata, ejen terbabit mendakwa mereka boleh mendapat bayaran 400 yuan (RM255) sehari di Malaysia.
Sementara itu, jurucakap pemaju China yang namanya digunakan ejen palsu itu menjelaskan, syarikat terbabit tidak pernah melantik mana-mana agensi pekerjaan untuk mencari pekerja binaan di China.
Beliau berkata, sebarang pengambilan pekerja di China hanya akan dilakukan menerusi media massa atau laman web syarikat itu dengan temu duga akan diadakan di ibu pejabat mereka dan tidak akan membenarkan agensi pekerjaan mencari pekerja secara bersenditian di negara itu.
“Kami ada prosedur tertentu untuk mengambil pekerja, tidak akan bertindak terburu-buru. Warga China yang terkandas di lapangan terbang sudah tentu tertipu.”

LIHAT SENDIRI

BAGAIMANA

CHINA BUAT

PADA CHINA

INI BANGSA

CHINA DG CHINA

KALAU DENGAN

MELAYU LAGI

MAMPOS MELAYU



--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu bodo piang abadi, ko boleh tipu seberapa banyak yg ko nak. Modalnya air liur ja.

Tanpa Nama berkata...

TAKPE, takpe, TaKpE,


cucu cicit yang BAYAR.....aje



cucu cicit yang KENA aje????????????

Tanpa Nama berkata...

Melayu kan BODOH

Di bela BEWAK buat apa

Semua dah di GADAI

Bewak sibuk LAHAP BANGKE

Melayu di Lahap nya

Tanpa Nama berkata...

oh my god...betul ke cite ni broo...moga2 sultan johor dan keluarga dijauhkan ,dirahmati dan dipulihara allah dari fitnah2 bangsa2 china ni..ameennng...