Selasa, 17 Oktober 2017

CARI FULUS DAN PUSY














SEMUA ABGGAP

KESAH JIN INI

DAH TAMAT

DI AMERIKA

RUPANYA ADA

SAMBUNGAN

Bomoh tangkap dua puak jin dari 'gadis api' misteri


Kehidupan seorang gadis dan keluarga yang diselubungi api misteri bakal berakhir susulan kejayaan seorang pengamal perubatan tradisional yang mendakwa berjaya menangkap dua puak jin yang menggangu Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, sejak beberapa tahun lalu.

Pengamal perubatan tradisional, Saad Jaafar, 44, berkata, dia berjaya menangkap dua puak jin yang menganggu keluarga tersebut melalui rawatannya.

“Puak yang pertama adalah puak jin yang berasal dari tapak rumah ini dan mengaku membakar rumah ini dengan alasan api adalah permainannya.

“Satu lagi puak pula adalah saka ilmu kebidanan keluarga ini sendiri.

"Jin-jin inilah yang mengganggu keluarga supaya mereka tidak tenteram dan berada dalam kegelisahan. Jin ini mengaku mengunting kain dan mencuri duit mereka,” katanya seperti dilaporkan SH Online, hari ini.

Sebelum ini, kehadiran api misteri sering mengganggu kehidupan Wan Nur Fatihah sekeluarga sejak tahun 2012 yang tinggal di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu.

Kemunculan api misteri itu menyebabkan kejadian kebakaran termasuk memusnahkan sebuah kediaman mereka sebelum ini.

Saad berkata melalui rawatannya semalam, Wan Nur Fatihah diberi peluang menyoal jin melalui pembantu Saad iaitu Mohd Azmi Adam yang akan bercakap mewakili jin.

“Jin ini berpuak-puak. Insya-Allah, selepas ini tidak akan ada gangguan lagi terhadap keluarga ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Nur Fatihah dilaporkan mengakui dirinya tertekan dengan layanan masyarakat sekeliling berikutan ada yang takut kepadanya akibat gangguan makhluk halus yang dialami itu.

Katanya, sejak gangguan itu, kehidupannya berubah dan tertekan akibat pandangan serong masyarakat terhadapnya serta keluarga.

"Mana-mana saya pergi, orang jadi takut sebab mereka takut api muncul. Sejak rumah terbakar, adalah juga nak sewa rumah lain tapi payah sebab orang anggap jin itu ada dengan saya. Sampaikan hendak ke kedai runcit pun orang takut.

"Saya sendiri berusaha bermacam-macam cara untuk menghindarinya dan setakat ini, api tu hanya mengganggu saya dan tidak mengganggu orang lain, jadi janganlah takut pada saya atau merumitkan lagi keadaan," katanya dipetik sebagai berkata.

Menurutya, dia sendiri trauma kesan daripada kebakaran tempat tinggalnya dan berharap agar tragedi itu adalah yang terakhir.

“Selepas kebakaran besar bulan lalu, berlaku kebakaran kecil pada tuala di rumah ibu saudara dan jaket abang di dalam kereta pada Sabtu lalu. Tapi tiga hari kebelakangan ini, tiada barang terbakar.

"Saya harap sudah tidak ada lagi barang yang terbakar selepas ini kerana saya sendiri tidak mahu perkara seperti ini. Takkan saya suka-suka nak bakar rumah. Jadi, saya pun harap masyarakat fahami keadaan saya," katanya. 
KAH KAH KAH

MACAM MACAM

CARA NAK CARI

FULUS DAN PUSY

KAH KAH KAH

---------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau kena ingat tt, hal ni berlaku di negeri serambi mekah, negeri rahmat dibawah naungan tok guru agama dan alim ulama. Gadis Api tu kena dijaga oleh bomoh kalau tak nanti balak di hutan terbakar lagi susah. Kalau perkara syirik.. oops perkara ghaib ni haram, dah tentu dah lama dimansuhkan. Jin, bomoh, pawang semua ni adalah strategi dan ramuan istimewa utk pas menang pru. Habis kau ingat pokok2 balak dan durian kunyit di hutan tu sapa yg jaga? Gila kau nak suruh manusia jaga hutan!!!

Tanpa Nama berkata...

Rupanya banyak spesis api nih:
Cili api
Kayu api
Batu api
Rumah api
Periuk api
Lautan api
Minyak api
Bunga api
Semut api
Bil api
Api-api
Dan terbaru Gadis api. Wah banyak belajar benda baru baca blog kau ni tt!