PANDANGAN
TAMRIN
1. Rakyat tidak bersalah
http://tamrintunghafar.blogspot.com/2018/11/rakyat-tidak-bersalah.html?m=1
2. MENGAPA PILIH PASIR SALAK?
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 18/11/18
( 1 - 29 )
1. Dalam Parlimen Hadi dengan nada yang serius memberi amaran bahawa sejuta rakyat Melayu akan berhimpun jika sekiranya Kerajaan PH meneruskan perlaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD.
2. Pada hari Sabtu 17hb November 2018, PAS dan UMNO telah mengadakan satu perhimpunan Melayu di Pasir Salak.
3. Pasir Salak dipilih kerana di sinilah tempatnya Residen British pertama, JWW Birch atau nama sebenarnya, James Wheeler Woodford Birch dibunuh oleh Dato’ Maharajalela, Tok Sagor dan Seputum.
4. Peristiwa ini yang berlaku pada 2hb November 1875 kerana kemarahan orang Melayu yang amat sangat terhadap beliau yang menghina dan menzalimi penduduk setempat.
5. Saya percaya mereka sengaja memilih Pasir Salak dan bulan November juga adalah dengan motif jahat bagi membakar semangat kebencian orang Melayu terhadap Perdana Menteri KONONNYA ada persamaan di antara JWW Birch dengan Tun Dr. Mahathir.
6. Zahid dan Hadi kebelakangan ini sengaja menggunakan isu agama dan perkauman terhadap kerajaan PH; jika tidak dibendung tindakan mereka ini AMAT MERBAHAYA kepada negara yang berbilang kaum dan agama.
7. Perhimpunan yang dihadiri sendiri oleh Presiden UMNO , Zahid Hamidi dan Hadi Awang selaku Presiden PAS menetapkan satu Perhimpunan Raksaksa akan diadakan diKuala Lumpur pada 8hb December 2018 ini bagi membantah pelaksanaan
ICERD.
8. Selain dari menetapkan tarikh Perhimpunan tersebut, yang paling menarik sekali ialah cadangan Zahid agar UMNO dan PAS bergabung seperti apa yang pernah berlaku di suatu ketika dahulu apabila PAS dibawah pimpinan Datuk Asri menyertai Barisan Nasional ( BN ).
9. Nyawa PAS dalam BN tidak lama apabila BN menendang keluar PAS sebagai anggota BN.
10. Sebelum dan selepas PRU 14 yang berlangsung pada 9hb Mei yang lepas UMNO dan PAS mula menunjukkan hala tuju kedua - dua parti Melayu tersebut.
11. Nada pemimpin - pemimpin kedua - dua parti tersebut menunjukkan mereka bukan saja lagi bercinta malah sudah pun mengikat tali pertunangan.
12. Seolah - olah tidak sabar lagi menunggu malam pertama, Zahid tiba - tiba mengganjurkan agar kedua - dua parti tersebut terus bergabung.
13. Hanya yang melewat - lewatkan tarikh ' penikahan ' kedua mempelai tersebut ialah jumlah dulang dan isinya sahaja yang harus di muktamadkan.
14. Takkanlah PAS melalui Amanat Hadi Awang sanggup tidur sebantal dengan UMNO yang pernah disundalkannya suatu ketika dahulu.
15. Apakah Hadi dan PAS sudah bersedia menjilat ludah dan kahaknya sendiri?
16. Takkanlah pulak PAS kini sanggup mengenepikan perjuangan mereka selama ini bagi melaksanakan 'sepenuhnya' undang - undang Islam seperti Hukum Hudud?
17. Seperti kata Hadi dalam Amanatnya, PAS menentang UMNO dan BN bukan kerana namanya; tetapi kerana UMNO dan BN mengamalkan Perlembagaan dan Undang - Undang kafir; justeru apakah hari ini PAS boleh begitu senang menerima Perlembagaan dan Undang - Undang kafir itu?
18. Atas nama 'wala' , terbukti kini ahli - ahli PAS boleh menerima dengan hati terbuka 'Amanat' Hadi yang baru iaitu yang pernah diharamkan sekarang sudah dihalalkan.
19. Apakah lauk daging yang dicampurkan seketul daging babi kini boleh dimakan oleh orang Islam khasnya ahli - ahli PAS?
20. Apakah perbicaran di Mahkamah di kota London pada bulan April akan datang akan membuktikan bahawa sebahagian pemimpin mereka sudah kenyang seperti ular sawa?
21. Sebenarnya saya amat bersimpati dengan ahli - ahli PAS di peringkat bawahan ; mereka percaya bulat - bulat apa pemimpin mereka kata.
22. Bagi Zahid dan pemimpin UMNO yang lain terutama yang sedang dan bakal menghadapi pertuduhan undang - undang, inilah peluang terbaik untuk mereka menyelamatkan diri.
23. Mereka sudah bersedia membuang daging babi tersebut asalkan cita - cita dan rancangan mereka menolak Tun Dr. Mahathir dengan cara 'undi tak percaya' atau ' vote of no confidence' dapat diusahakan dalam masa terdekat.
24. Dalam dunia politik biasanya apa yang diharapkan tak semestinya dapat, tetapi apa yang didapati adalah sesuatu yang tak pernah diharap.
25. Sebagai contoh yang paling terbaru apabila rancangan PAS dan UMNO hendak mengganjurkan perhimpunan bantahan pada 8hb December ini terbantut atau sia - sia apabila Kerajaan melalui Perdana Menteri mengumumkan TIDAK AKAN melaksanakan ICERD.
26. Bagi Hadi dan pemimpin - pemimpin PAS inilah caranya menutup cerita Hudud yang telah dipermainkan oleh UMNO selama ini.
27. Bagi Zahid pula inilah satu - satunya talian hayat yang tinggal.
28. Semoga Hadi, Zahid , Tun Hamid Muhamnad dan beberapa orang Sultan dan pemakan dedak tidak berangan seperti ' Si Luncai Dengan Labu - Labunya' atau sekadar ' Angan - angan Mat Jenin'.
29. Tun Dr. Mahathir TIDAK PERNAH berangan - angan nak menjadi Perdana Menteri buat kali kedua; ALLAH SWT YANG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA.
Terima Kasih.
-----------------
3 ulasan:
rilek pak tamrin..himpunan sejuta melayu dan islam utk tolak icerd? kita tunggu beberapa bas dari kelantan,terengganu dari sekolah2 tahfiz dari madrasah2 akan dibiayai utk turun..beza dgn bersih, perhimpunan tolak icerd adalah ditaja.dlm dunia kini, yg betul itu adalh islam malaysia dan melayu melaysia.hanya islam malaysia yg berani tibai negara dilanda musibah..hanya melayu yg berani ckp berdekah2 perihal melayu wlhal melayu asal hindu.dlm khutbah, dlm kuliah2 agama, dlm tv alhijrah..berbondong2 ulama,haji hajah bkata nabi tidaka rasis dlm mjlnkan agama allah..malah turki kerajaan islam juga telah sain sejak tahun 1800an lagi..menerima icerd bermakna agama dan bangsa melayu sudah tidak bole dijadikan modal perlacuran politik..jgn lupa pak tamrin, anwar juga pernah mengata super liberal ketika anwar dikatankan lebih melayu dan islam..cuba pak tamrin tanya anwar mengenai icerd? apakah kluk klak yg akan diperkatakan oleh anwar suami wan..
Kalau nengok kartun catdog.. Dua2 cute..dua2 popular... Cuma 1 yo... Orang tak bley pelihara... Orang tu kitolah.... Kakakakakakka...gilo ko nak bela CATDOG... hillang akal ko.. Itu belum branak lagi.. Entah2 kuar lembu.. Kakakakakka
Perhimpungnang rasaksa akan diadakang di KL pada Lapang hb.Dec 2018 ..tujuang perhimpungnang ini adalah utk menyatakang BABI dah boleh dilahap oleh semua orang. Daging babi hanya RM7 sekilo banding lombu RM40 sekilo. ..?
Catat Ulasan