Jumaat, 26 Julai 2019

PANTAI CHINTA BERAHI



PANTAI CHINTA

BERAHI

Wahai Para Pembacha TukarTiub Yang Budiman.

Akibat kegalakan Saudara Isham mengupas artikata "berahi"....dari sudut tawarikh Negeri Kelantan terdapat satu pantai yang dipanggil Pantai Chahaya Bulan.

Sebelom PAS bersama Semangat 46 merampas  Kelantan pada tahun 1990, nama pantai tersebut adalah Pantai Chinta Berahi.Kami yang besar di Kelantan pada tahun 1950an atau 1960an hanya panggil PCB.

Pada tahun 1960an dan awalan 1970an maseh belom ada masalah hakisan.Pantai mungkin lebeh setengah batu  atau satu kilometer ke laut.Memang indah pasir puteh..perahu2 nelayan dengan ukiran kepala  bangau..puja pantai maseh belum diharamkan.

Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar kurang senang dengan banyak benda..diharamkan Main Puteri (Te'ri),Wayang Kulit,Makyong dan suara perempuan pun tak leh Musabaqqah Al Quran kerana takrifan aurat.Kesian Ibunda Qariah  Negara Hajjah Faridah Mat Saman .

PCB turut menjadi mangsa kerana perkataan  " berahi" dirasakan tak chochok dengan  Islam atau " Isle".Pada amatan ambo...Tuan Guru bukan menjijikan sifat berahi kerana sifat berahi itu suchi jika kena pada tempat nya yakni dalam pernikahan. 

Yang di kira jijik pada waktu tu adalah kerana PCB waktu itu mendapat jolokan " Pelir Chari Burek"..jadi mungkin itu sebab Al Marhum TGNA lebeh selesa dengan Pantai Chahaya Bulan.Kebetulan lambang PAS pula Bulan.

Hari ini Pantai Chahaya Bulan yang sudah terhakis antaranya disebabkan oleh  pembalakkan sudah hilang serinya.Ada baiknya kita tukarkan saja  nama ke Pantai Churi Balak...kah kah kah


*BAB KEDUA*

PANTAI CHINTA BERAHI atau dalam bahasa Inggeris "The Beach of Passionate Love"

Nama asal PCB ini adalah Pantai Semut Api...(don't get excited Isham.Semut  not  Kemut).

Para Pembacha Tukartiub mungkin pernah dengar General Yamashita ada General  Gerald Templer pada dua era mendapat gelaran Tiger of Malaya.

Satu lagi tokoh yang mendapat gelaran itu adalah Al Marhum  Tengku Mahmood Mahyideen ibni Tengku Abdul Kadir Kamaruddin.

Ayahanda Tengku Mahmood adalah Sultan terakhir Negeri Pattani..Sultan Abdul Kadir Kamaruddin ibni Sultan Shariff Alauddin.Bonda Tengku Mahmood adalah puteri kepada Al Marhum Sultan Muhammad IV.

Tengku Mahmood(1908-1954) merupakan satu2 tokoh Kelantan dan juga negara yang kurang dikenali terutamanya di luar Kelantan. Berpendidikan agama dan secular..termasok Assumption College di Bangkok dan Penang Free School..beliau amat berjasa dalam  membawa kemajuan di Kelantan terutamanya pelajaran. Menjadi Nazir Sekolah waktu itu amat menchabar.Beliau memain peranan tertubohnya dua institusi ulong Kelantan yakni Sultan Ismail College(1936) dan Zainab English School (1937).

Beliau amat innovatif dalam pembelajaran.Satu ketika anak perempuan tidak ke sekolah..beliau menukarkan tanggapan orang Melayu ketika itu.

Masok Jepun..beliau mengerahkan anak2 muda lawan Jepun.Sampai ke India  dalam Force 136...sehinggalah Jepun kalah.

Beliau juga meneruskan  usaha pembelajaran. Bagi Boys Scout..Kem Kijang adalah hasil usaha beliau.

Beliau lah tokoh yang menghasilkan Beach of Passionate Love atau Pantai Chinta Berahi dari Pantai Semut Api.

Beliau turut memperjuangkan pembebasan Pattani..tetapi intrigue kuasa besar dan kemangkatan pada umor 46 menyebabkan  usaha beliau terbengkalai.Pun begitu beliau satu nya pejuang  dan pendidek  negara dalam artikata sebenar.

AL FATEHAH



----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama jolokan " Pelir Chari Burek" tu, sekarang bolehlah ditukar kepada "Puki Chari Butoh". Kalau nak guna "Pantat Chari Batang"...batang itu hanya boleh jolok je....