KETUA ARMADA
SURAT HANG
TAK LAKU
KAH KAH KAH
Surat sokongan tidak boleh jadi asas buat keputusan dalam kerajaan
PUTRAJAYA – Sesuatu surat sokongan yang dikeluarkan oleh menteri atau ahli politik dalam kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh mana-mana pegawai, atau kakitangan kerajaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Bahagian Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sebenarnya pegawai kerajaan sendiri mempunyai garis panduan yang harus dipatuhi dalam soal tersebut.
“Sebenarnya pegawai kerajaan pun kita ada garis panduan, tidak boleh jadikan surat sokongan ini sebagai arahan asas untuk membuat keputusan
“Kita sudah pernah keluarkan kenyataan bahawa siapa-siapa sama ada menteri atau ahli politik yang hendak mengeluarkan kenyataan tiada masalah.
“Cuma pihak kita sebagai penjawat awam tidak boleh menjadikan surat sokongan itu sebagai asas membuat keputusan sebab kita keluarkan garis panduan yang harus dipatuhi,” katanya.
Beliau ditanya mengenai insiden berkaitan pengeluaran surat sokongan melibatkan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri baru-baru ini.
Shamsun Bahrin bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya kerana berpendapat menteri berkaitan sudah memberikan penjelasan dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan bercanggah.
ISMAIL SABRI
SURAT HANG
PUN SAMA
TAK LAKU
MELAINKAN
ADA KOPI
BAWAH TANAH
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan