WOIT
ABANG MAT AZALINA
DAH MARAH
KAH KAH KAH
PARLIMEN DITUTUP
ABANG MAT
TAK BUAT APA
KAH KAH KAH
ABANG MAT
DAH LETIH
GINTIL BINCAT
KAH KAH KAH
Sampai bila
hendak tutup Parlimen,
soal Azalina
TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said hari ini sekali lagi mendesak kerajaan membenarkan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat, selepas gesaannya sebelum ini tidak diendahkan.
Beliau turut menegaskan Parlimen mesti dibuka supaya proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab ahl-ahli Parlimen dilaksanakan.
Kerajaan mungkin boleh mengawal pergerakan rakyat tetapi tidak kepada demokrasi, tambahnya.
Dalam satu kenyataan, Azalina berkata Parlimen perlu bersidang dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah, penggantungan Parlimen bukan hanya melumpuhkan demokrasi, tetapi juga peranan kerajaan mengambil tindakan terhadap isu membabitkan rakyat.
“Tiada cara lain untuk maju negara maju ke depan melainkan Parlimen dibenarkan bersidang semula,” kata Azalina dalam kenyataan.
Tambahnya, kakitangan Parlimen yang beliau sifatkan sebagai “barisan hadapan” perlu diberi vaksin untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Selain itu, sidang Parlimen perlu fokus kepada isu penting dan tiada usul tidak percaya kepada perdana menteri dibawa,katanya.
“Melainkan dan sehinggalah pandemik dan imuniti kelompok 50% dicapai, tiada pilihan raya boleh diadakan sebaliknya kabinet darurat khas dibentuk, yang terdiri daripada semua wakil parti politik.”– 27 Mei, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan