AMAT BAIK
PARTI PAS
TAKADA PRINSIP
AMIN
KU LI KATA
INI PARTI PELACUR
AMIN
Pemimpin PAS tidak berprinsip
SAYA amat hairan dengan sikap Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini yang memberi gambaran bahawa PAS akan kekal menjadi perantara buat Bersatu dan Umno yang kelihatan berseteru sejak sekian lama.
Mengikut beliau “PAS sentiasa menjadi pendamai sebab itulah PAS tidak pernah serang Umno.
“Hanya sedikit cubit-cubit sayang terhadap presiden Umno yang menggerakkan usaha menarik sokongan (terhadap PN), itu sajalah,” katanya pada sidang media di Serdang, Selangor.
Kenyataan ini memang bercanggah dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengkritik pemimpin yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai gila kuasa
Umum mengetahui Umno yang merupakan rakan PAS dalam Muafakat Nasional, menjadi dalang utama menyebabkan majoriti Perikatan Nasional kurang di Parlimen .
Ini jelas menunjukkan bahawa parti PAS tidak berprinsip kerana mereka akan berada di mana adanya kuasa. Menggunakan perkataan seperti “cubit” hanya menghina pemikiran rakyat Malaysia.
Perpaduan Melayu dan Islam adalah slogan yang diguna untuk mengaburi mata rakyat daripada sikap sebenar pemimpin PAS yang tidak berprinsip.
Dalam keadaan sekarang ketika negara dijangkiti pandemik Covid-19, apa yang diperlukan oleh rakyat ialah pemimpin yang berwibawa, bersih dari korupsi dan beramanah, dan mempunyai pemikiran yang luas dan berilmu untuk memimpin negara.
Kita memerlukan menteri kabinet yang tahu-menahu tentang polisi kesihatan, buruh, globalisasi dan ekonomi sejagat untuk bersaing di mata dunia.
Menteri PAS dalam Perikatan Nasional. memang tidak mempunyai ilmu yang sedemikian sekiranya prestasi menteri kabinet PAS dihalusi sejak Perikatan Nasional mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Pakatan Harapan.
Diharapkan dengan peletakan jawatan Muhyiddin, politik yang berprinsip dan tidak oportunis akan muncul di Malaysia. – 15 Ogos, 2021.
Ronald Benjamin,
Setiausaha Persatuan
Kebajikan Komuniti dan Dialog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan