Cara badan agama tangani Sajat bukan cara sebenar Islam, kata LFL
JABATAN agama Islam di Malaysia perlu mendalami kewajaran tindakan mereka memburu pengusaha kosmetik Nur Sajat sehingga membuatnya rasa tidak selamat dan mencari suaka di Australia, kata Lawyers for Liberty (LFL).
Penyelaras LFL Zaid Malek berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan 122 pegawai mencari Sajat sama seperti melayannya sebagai penjenayah sekali gus mengabaikan perlindungan terhadapnya yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Sudah tiba masanya badan agama di negara kita fikir tentang tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Ini bukan sahaja tentang cara Islam ditegakkan atau ditafsirkan di Malaysia, tetapi juga bagaimana Islam dapat diterima secara global. Kita perlu hentikan cara badan agama ini dan beri fokus untuk tunjuk sisi kemanusiaan yang sebenar seperti ditonjolkan dalam Islam. “
LFL berkata penindasan terhadap Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat ini menggambarkan yang badan agama negara tidak menunjukkan contoh peri kemanusiaan dan belas kasihan seperti yang Islam ajar.
“Kurangnya belas kasihan atau kemanusiaan yang ditunjukkan kepada Nur Sajat sangat memalukan agama dan bertentangan dengan naratif yang sering kita amalkan iaitu sikap sederhana di Malaysia.”
Tambahnya pengusaha itu tidak ada siapa untuk mendapatkan bantuan, yang menyebabkannya lari dari negara ini.
Dalam siaran langsung di TikTok semalam, Sajat berkata beliau kini menetap di Canterbury, 12 kilometer dari Sydney, Australia, untuk memulakan hidup baharu.
Melalui Instagram, beliau memuat naik gambar bendera Australia dengan kapsyen “kehidupan baharu”.
Sajat diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Bulan lepas, beliau muncul semula di Thailand, di mana beliau ditahan sementara dan didakwa serta didenda atas kesalahan imigresen. Semasa di negara itu, Sajat dikatakan telah memohon dan berjaya mendapat suaka.
Dalam strim langsung semalam, Sajat berkata beliau telah berhijrah ke Australia kerana negara itu “menghormati hak asasi manusia” dan telah berjanji tidak akan kembali ke Malaysia. – 19 Oktober, 2021.
2 ulasan:
Lebai sibuk bab pondan, tak peduli rasuah curik Wang negara sondolan kemutan kah kah kah, kan mereka sibuk jaga moral kelakuan orang lain tanpa cermin diri, buang bayi, hisap dadah minum Ketum arak no Hal lah janji ada cukai masuk, ekor pun haram halal adanya, tak ada lebai protest, bab timah adoi lebai mula dah kah kah kalau tak mahu timah jangan kacau orang lain yang mahu timah, lebai ambik lah emas gangsta kah kah kah mampooosssss
Nak jadi laki, nak jadi pompuan, nak jadi apa pun apa engkau orang kesah? Nak bela anjing kah, nak bela rimau kah nak bela ular kah semua tak payah heboh jebon, jaga diri asal tidak kacau orang lain boleh tak ? Nak berak berdiri boleh, berak cangkung boleh asal berak tak kena orang lain, tak memyusahkan orang lain sudah ada paham kah kah
Catat Ulasan