Rabu, 20 Oktober 2021

BERSATU MULA PASANG AJEN

 




Pemuda UMNO Arau desak Shahidan dirujuk lembaga disiplin parti

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti,  Ahmad Maslan menggesa supaya Tuan Haji  Shahidan Kassim dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Ia susulan dakwaan mengatakan Ketua UMNO Bahagian Arau itu telah melanggar disiplin dan tata etika parti. 

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa, pelanggaran disiplin itu berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada Ahad lalu.

“Antaranya pengibarkan bendera Bersatu bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian. Mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap Cawangan.

“Membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap,” katanya daripada petikan surat aduan yang dihantarnya kepada Ibu Pejabat UMNO bertarikh 18 Oktober lalu.

Terdahulu surat dua halaman itu ditularkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin menerusi laman Twitternya hari ini.

Selain itu, Syed Atif juga mahu tindakan tegas diambil bagi mengelakkan kekeliruan yang berterusan dalam kalangan ahli-ahli dan pimpinan pelbagai peringkat khususnya di Bahagian Arau dan Perlis.

“Aduan ini demi menjaga nama baik, maruah parti, serta mengelak masalah perpecahan lebih serius pada masa hadapan.

“Besar harapan saya sekiranya aduan ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh Ahmad Maslan agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih-bulu dapat diambil,” katanya dalam surat yang sama. – 


GEROMBOLAN

PERLIS BERGADUH

AMIN

BUKAN PASAL

BUDAK SEKOLAH

AMIN

PASAL AJEN

GELAP KIBAR

BENDERA

PARTI BERSATU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno ada 5 juta Ahli, bersatu ada 5 juta, pkr ada 5 juta mca ada 3 juta mic ada 4 juta so akhirnya berjuta juta lemon menipu kah kah kah, mana satu betui ? Mana satu boleh percaya? Kah kah selagi manusia nak jadi Bodoh teruskan tapi jangan bodohkan orang lain sudah kah kah