Sabtu, 30 April 2022

HADIAH HARI RAYA

 


Rohana terima taraf kewarganegaraan

AIR mata gembira mengiringi Rohana Abdullah, yang ditinggalkan ibunya seorang warga Indonesia dan diasuh wanita Malaysia berketurunan Cina, ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.

Sejurus menerima surat keputusan kewarganegaraan daripada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di pentas, gadis berusia 22 tahun itu kembali semula ke tempat duduknya lalu memeluk erat ibu angkatnya Chee Hoi Lan, 83, sebelum meninggalkan majlis.

Meskipun usaha untuk menemu bual Rohana gagal, namun Hamzah berkongsi perbualan antara mereka ketika di atas pentas dan menurutnya Rohana amat terharu dengan penganugerahan itu.

“Ketika di pentas, dia (Rohana) menangis kerana sudah lama tunggu keputusan status permohonan kewarganegaraannya.

“Dia ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan saya katakan kepada beliau yang sebenarnya kita berikan taraf kewarganegaraan kepada individu yang berkelayakan,” kata Hamzah mengenai reaksi Rohana selepas menerima surat keputusan kewarganegaraan itu.

Rohana salah seorang daripada 34 penerima berusia antara 5 hingga 24 tahun yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia pada majlis di Kementerian Dalam Negeri.

Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada kerajaan dalam sesuatu hak keadaan khas untuk mendaftarkan seseorang yang berusia kurang daripada 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara.

Permasalahan Rohana sebelum ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang menghubunginya untuk membantu gadis itu dalam urusan dokumentasi status kewarganegaraan beliau.

Media sebelum ini melaporkan Rohana ditinggalkan ibunya, seorang warga Indonesia dan dijaga kira-kira 20 tahun oleh Chee yang juga guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan. – Bernama, 29 April, 2022.

HADIAH 

HARI RAYA

UNTUK KITA

SEMUA

AMIN

INILAH CONTOH

KEMANUSIAAN

UMAT MANUSIA

AMIN

MANUSIA BAIK

LEBIH BANYAK

DARI MANUSIA

JAHAT

AMIN

JIKA SEMUA

MANUSIA BAIK

BANGUN MELAWAN

YANG JAHAT

MELAWAN PENCURI

MALAYSIA KITA

JADI AMAN DAMAI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam kebetulan pulak ada dua rohana. Sorang yg baik nakkan warganegara sorang lg nakkan apartmen kat london.