Khamis, 26 Mei 2022

PERJUANGAN PATANI


Letupan bom gegar Tak Bai, 3 sukarelawan polis marin cedera

TIGA anggota sukarelawan polis marin cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Pekan Tak Bai yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Malaysia pada Rabu malam.

Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Pol Waesame Salae berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) di pos kawalan marin yang terletak berdekatan dengan Pengkalan Kubor, di Tumpat, Kelantan di sebelah Malaysia. 

Sekumpulan 10 lelaki yang dipercayai anggota militan melepaskan tembakan bertubi-tubi dan melontar bom paip ke dari arah daratan dan sungai dalam kejadian yang berlanjutan kira-kira 30 minit.

Penduduk Pengkalan Kubor dikatakan turut mendengar dengan jelas bunyi letupan bom dan tembakan itu. 

“Tiga anggota polis marin yang sedang bertugas cedera akibat terkena serpihan bom.

“Beberapa buah kenderaan musnah akibatan letupan. Selain itu, bangunan terletak berdekatan (pos kawalan) turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di tempat kejadian.

Selain itu, beliau berkata satu letupan bom turut dilaporkan berdekatan sebuah kedai serbaneka.

“Bom buatan sendiri seberat 20 kilogram itu diletupkan pihak tidak bertanggungjawab. Namun tiada kecederaan dilaporkan. Namun beberapa tiang elektrik yang terletak berdekatan dilaporkan mengalami kerosakan.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung letupan dan berbalas tembakan itu. – Bernama, 26 Mei, 2022.

GERAKAN

PEMBEBASAN

RAKYAT PATANI

AMIN

PERJUANGAN

ANGKAT SENJATA

DITERUSKAN

AMIN

SELAGI TIDAK

MERDEKA SELAGI

ITU PERANG

DITERUSKAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dahulu kala sampai ke Surat Thani bahkan Bangkok tu semua kawasan melayu.. bahkan nama Bangkok itu sendiri nama melayu…. iaitu Bengkok.. lihat sungai Bangkok yang bengkang bengkok..

tapi mereka akhirnya dijajah siam.. itu lah yang jadi bila Melayu meninggalkan Islam.. mujur di selatan belah Yala, Naratiwat, Patani masih kental Islam.. mereka kuat melawan..

Tanpa Nama berkata...

orang di Patani kuat melawan kerana mereka kuat pegang pada Islam.. tak macam orang di utara..

mereka pada asalnya melayu tapi kemudian dijaja siam.. dan sekarang menjadi siam..

itu lah berlaku bila melayu meninggalkan Islam.

-ketua pengarang tukar tiub