Sabtu, 25 Jun 2022

PKR BANYAK DUIT


PKR Ampang memilih semula 29 Jun, calon menang terlibat politik wang

PKR Cabang Ampang akan mengundi semula minggu depan memilih barisan kepimpinannya selepas pihak pengurusan pemilihan parti membatalkan pencalonan Daing Muhammad Reduan Bachok yang menang jawatan ketua cabang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan dibuat selepas siasatan panel aduan JPP mendapati ada pelanggaran tata etika kempen.

“JPP dengan ini mengangkat keputusan panel aduan untuk melucutkan pencalonan saudara bagi jawatan ketua cabang,” katanya dalam sepucuk surat kepada Daing Muhammad, yang dilihat The Malaysian Insight.

Daing Muhammad didapati melanggar Fasal (D) 7 tata etika pemilihan parti berhubung “perbuatan politik wang (membeli undi)” yang ditegah sama sekali.

Zaliha dalam satu notis kepada ahli-ahli PKR Cabang Ampang memaklumkan pemilihan bagi cabang berkenaan akan diadakan 29 Jun ini antara 12 tengah hari sampai 8 malam. Pemilihan akan berjalan di Dewan Datuk Ahmad Razali, Kampung Baru Ampang.

Jawatankuasa panel aduan juga menggugurkan nama Daing Muhammad daripada senarai calon bagi pemilihan semula.

“Keputusan ini adalah muktamad,” kata Zaliha, merujuk peraturan pemilihan dan tatacara pemilihan.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 28 Mei lepas, Daing Muhammad mendapat 942 undi mengalahkan antaranya pelakon Hans Isaac yang meraih 609 undi dan penyanyi Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Abdul Rahman yang mendapat 589 undi.

Tiga lagi pesaing corot ke bawah iaitu Abdul Halim Mohamed Yusof dengan 272 undi, Sam Hoo Wai (138), Abdullah Md Zain (110) dan Abdul Latif Shaari (17).

Semasa pemilihan PKR pada 208, Daing Muhammad terlibat dalam insiden kekecohan di Keningau dan didakwa di mahkamah atas tuduhan memaki calon timbalan presiden pada masa itu Rafizi Ramli. 

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kemudian membebaskannya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. – 25 Jun, 2022.

KAH KAH KAH

WOIT

JELAS  CALON PKR

 BANYAK DUIT

KAH KAH KAH

INI BARU KEMPEN

CABANG PARTI

KAH KAH KAH

KALAU PRU 

LAGI  BANYAK

TABUR DUIT

KAH KAH KAH

KIRA JANGAN

TAK KIRA

KIRA SAMPAI

MENAANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: