Sabtu, 20 Ogos 2022

PENG ANAL SILAP LAGI


Sokongan Melayu pada Pakatan dijangka merosot, kata penganalisis


PAKATAN Harapan (PH) berisiko kehilangan beberapa kerusi sekiranya gagal mendapatkan semula keyakinan pengundi Melayu yang memilih parti itu pada 2018, kata penyelidik.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar menjangka PH hilang kerusi di kawasan pengundi campuran khususnya kerusi pinggir bandar.

Antara faktornya, pengundi Melayu itu sebelum ini menyokong Bersatu yang merupakan anggota gabungan PH, katanya kepada The Malaysian Insight,

“Kawasan yang mungkin terjejas kepada PH adalah di kawasan bercampur dan separa bandar. Ini yang mereka hilang cengkaman.


“PH akan terkesan di kawasan bercampur, memang trend (Pilihan Raya Negeri) di Melaka dan Johor jelas (tunjuk) mereka hilang cengkaman (di kawasan tersebut), kata Hisomuddin.

Dalam PRU 14 penyelidik menganggarkan PH mendapat sokongan kira-kira 20% pengundi Melayu, yang dibantu dengan penyertaan Bersatu dan Dr Mahathir Mohamad.

Ia sekali gus membolehkan gabungan itu mencipta sejarah menewaskan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan di Putrajaya.

Pentadbiran itu bagaimanapun hanya mampu bertahan 22 bulan apabila Bersatu yang diketuai presidennya Muhyiddin Yassin menarik partinya keluar dari gabungan PH.

Hisomuddin menjelaskan, tindakan Bersatu itu turut menyebabkan PH kehilangan sokongan pengundi Melayu yang pernah memilih mereka.

Tambahnya, trend kemerosotan itu dapat dilihat dalam siri pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor serta beberapa pilihan raya kecil (PRK).

“PH memang akan terjejas atas faktor PH dalam trend PRN dan PRK lepas menunjukkan mereka hilang sokongan Melayu yang dibawa Bersatu (dalam PRU14).

“Sama ada sokongan Bersatu atau faktor Dr Mahathir, sokongan Melayu yang sering kepada PH dalam pilihan raya yang lepas sudah tidak lagi bersama PH.

“(Peralihan ini) menyebabkan (PH) tidak dapat undi sokongan segmen Melayu yang mencukupi bagi memperolehi status quo menyamai PRU14. Itu yang ketara,” kata Hisomuddin.

Pada masa sama, komponen PH seperti PKR dan Amanah pula tidak mampu menarik sokongan segmen pengundi Melayu seperti Bersatu, katanya.

“Oleh kerana keluarnya Bersatu (dari PH), peralihan segmen Melayu tidak ada dengan PH dan parti dalam PH terutama Amanah dan PKR tidak dilihat pengundi Melayu sebagai mereka yang menggalas agenda Melayu dalam PH,” katanya.

Walaupun PH mampu menarik sokongan pengundi bukan Melayu, Hisomuddin melihat keadaan bertambah sukar buat gabungan itu jika pengundi enggan keluar mengundi seperti dalam PRN Melaka dan Johor.

“Isunya, selain undi Melayu tetapi PH juga bergantung undi bukan Melayu. Walaupun situasinya mungkin berbeza daripada PRU15, polanya undi bukan Melayu tidak keluar mengundi secara maksimum seperti PRU14 lalu.

“Walaupun undi bukan Melayu memihak PH, tak cukup (untuk tampung kehilangan) undi Melayu, kawasan Melayu itu dulu bergantung kepada Bersatu,” tambahnya.

Hisomuddin juga berkata, mesej pendedahan skandal kerajaan yang kini giat dijalankan PH belum lagi dirasai pengundi Melayu, terutamanya di luar bandar disebabkan naratif yang sukar difahami.

Ia berbeza dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana penjelasan Dr Mahathir dalam skandal itu berjaya menangkap fahaman orang Melayu dengan naratif yang mudah.

“Isu semasa setakat ini tak sampai mesejnya kepada orang Melayu, belum muncul lagi pemimpin pembangkang tampil dengan naratif mudah difahami selaras pemikiran Melayu kebanyakan.”

Selain itu, tidak memadai bagi PH untuk menggunakan isu itu untuk meraih sokongan golongan di kawasan bandar yang sudah sedia kritikal dan berfikiran rasional, kata Hisomuddin.

“Bagi mereka PH sudah jadi kerajaan, dan tidak memadai setakat mendedahkan skandal, mereka harapkan lebih.

“Mereka mempersoalkan pula kenapa isu itu tak diangkat masa PH kerajaan, kenapa baru hari ini diangkat, mereka menuntut jalan penyelesaian keluar sekiranya PH jadi kerajaan.

“Bongkar, dedah bagi mereka biasalah. Mereka mahu lebih daripada itu,” katanya.

Penyelidik Mazlan Ali pula berpandangan pengundi Melayu tegar yang masih bersama PH hanyalah sekitar 10% dari keseluruhan pengundi.

“Rasanya untuk PRU15 kali ini PH tidak akan dapat lagi (sokongan pengundi Melayu) seperti mana PRU14 dahulu, sebab itu peranan Bersatu,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu menegaskan, PH perlu raih sokongan pengundi atas pagar itu jika mahu mengekalkan kerusi yang dimenangi.

“PH ini sekarang teorinya (perlu dapatkan) undi atas pagar, tidak boleh harap undi Melayu tegar. Mereka hanya boleh harapkan Melayu atas pagar. Itu sahaja yang mereka boleh harapkan.

“Undi PH tak sebaik PRU14 kecuali guna strategi tarik undi atas pagar, baru ada peluang itu disebabkan kelesuan politik masih berlaku dan itu memberi kelebihan kepada BN.

“Kalau peratusan keluar mengundi lebih dari 80%, BN boleh kalah,” katanya.

Mazlan bagaimanapun melihat isu semasa yang muncul seperti skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) mampu memberikan kelebihan kepada PH.

“Isu dan sandal menguntungkan PH tetapi bergantung kepada strategi Rafizi, kalau berjaya PH mungkin ada kelebihan,” katanya, merujuk kepada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Rafizi bersama beberapa pimpinan PKR kini giat menggerakan kempen Ayuh Malaysia ke seluruh negara untuk mensasarkan kumpulan pengundi atas pagar yang pernah memilih PH.i.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu memberi alasan, PH akan berpeluang menawan Putrajaya kembali apabila berjaya menguasai sebahagian segmen pengundi atas pagar itu.

Katanya, PH hanya perlu menguasai kira-kira 30% daripada 62% pengundi atas pagar untuk membolehkan mereka kembali memerintah.

Selain BN dan Perikatan Nasional (PN) muncul satu lagi blok parti Melayu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan Dr Mahathir bersama parti kecil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia akan memecahkan lagi bilangan undi Melayu dan menimbulkan pertembungan banyak penjuru, kata penganalisis politik Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi.

“Hal ini menyebabkan undi Melayu kurang dapat menjadi kuasa dominan akan tetapi akhirnya pertarungan di antara PH dan BN yang dianggap penentuan akhir,” kata Awang Azman. – 20 Ogos, 2022.

WOIT

PENG ANAL

SELALU BIKIN

SILAP

KAH KAH KAH

INI ANALISA

TIDAK TEPAT

AMIN

PENG ANAL

TIDAK SEDAR

STRATIJI RAFIZI

BANYAKKAN 

MUSUH

KURANGKAN 

KAWAN

AKAN BAWA

RAMAI PENGUNDI

MELAYU

KAH KAH KAH

PENA ANAL WAJIB

TANYA  LOKMAN ADAM

OOPS.. SILAP

TANYA RAFIZI

KAH KAH KAH

TANYA PROVOKE

OOPPS... SILAP

TANYA IVOKE

UNTUK KAJIAN

YANG TEPAT LAGI

PUTAR ALAM

KAH KAH KAH

AMIN


Tiada ulasan: