SELASA 19/4/2021
KITA MASUK HARI KE 17
BERPUASA
KITA MASUK HARI KE 17
BERPUASA
ANGKA MAKIN JATUH
BAWAH 9000+++
NAMPAKNYA
SEMAKIN PULIH
AMIN
PERLAWANAN AKHIR
EXTINCT REBELLION
MASIH BERJALAN
AKSI AMAN
DI KOTA LONDON DITERUSKAN
PERANG UKRAINE
BERTERUSAN
MASIH TAKDA JALAN SELESAI
SENJATA TERUS DI BEKAL
UNTUK UKRAINE
OLEH AMERIKA
PAKISTAN
IMRAN KHAN JATUH
DENGAN UNDI TAK CAYA
AHLI PARLIEMEN
YANG SOKONG IMRAN
LETAK JAWATAN
APAKAH PILIHAN RAYA
AKAN DIADAKAN ?
RIBUAN KELUAR
MENYOKONG IMRAN
INI MACAM TAHUN 1998
BILA MADEY
TENDANG ANWAR
AMIN
HOKKIEN
DAH KOSONG
GUA DISAMBUT
OLEH MURAI
DAN HOW WOW
MURAI YANG MERDU
HOW WOW YANG KUAT BERSUARA
DARI JAUH GUA NAMPAK
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HOKKIEN JUGA BERKABUS
MATA HARI DAH KELUAR
HUJAN SEKEJAP PETANG
KELMARIN MENJEMPUT KABUS
GUA BERSEMABANG
DENGAN ABANG CHINA
SEDANG BINA KUBUR
DIA KATA MASA
KENDURI SEMBAHYANG KUBUR
SELAMA DUA BULAN INI
BOLEH DAPAT DUIT
MACAM KERJA ENAM BULAN
TAPI
ABANG INI JUGA CERITA
MANUSIA INI ADA MACAM MACAM
ADA BAIK ADA CILAKA
DIA GUNA PERKATAAN CILAKA
ADA JANJI JAGA KUBUR
BAYARAN SETAHUN 150 RINGGIT
BILA JIN MING SAMPAI
TAK NAK BAYAR
KERANA PKP
ABANG INI JAGA
200 BUAH KUBUR
INI DUIT DIA CARI MAKAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
BRO
RAMAI ORANG DALAM DUNIA INI
TAK MAHU BEBAS MERDEKA
BILA BEBAS MERDEKA
KENA ADA TANGGUNG JAWAB
RAMAI TAKUT DENGAN
TANGGUNG JAWAB
BRO
NAK BUAT PEMBAHRUAN INI
KENA GILA SIKIT
BRO
LU NAK KENAL
SAPA SOSOK ITU
SENANG SAJA
LU TENGOK SAPA
DISEKELILING DIRINYA
BRO
DUA CARA KITA
JADI BODOH
PERTAMA PERCAYA
PADA PEKARA TAK BETUL
KEDUA TAK MAHU PERCAYA
PADA PEKARA YANG BETUL
BRO
SATU HARI NANTI
LU AKAN SEDAR
BAHAWA MASA LU
SUSAH PAYAH BERJUANG
ADALAH DETIK MASA
YANG PALING INDAH DALAM
HIDUP LU
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERPUASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan