Selasa, 15 November 2022

AGONG BERTITAH



Keputusan pelantikan PM dalam masa terdekat, titah Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan membuat keputusan mengenai pelantikan perdana menteri tidak lama lagi.

Baginda yang menemui media hari ini di luar Istana Negara menggesa orang ramai supaya bertenang dan menerima keputusan yang dibuat.

“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti. Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa kerana saya belum melihat apa-apa lagi. Kena bersabar.

“Terima keputusan rakyat, wakil rakyat dan juga keputusan Agong.

“Perlu rasional, kita perlu bergerak ke hadapan. Kita harus maju untuk negara tercinta.

“Biarlah saya buat keputusan dalam masa terdekat,” titah baginda kepada pemberita apabila tarikh akhir untuk mengemukakan nama bagi jawatan perdana menteri yang ditetapkan oleh pihak Istana sudah tamat pada pukul 2 petang.

Agong memberikan Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan BN untuk mengemukakan sokongan dan pilihan mereka untuk calon perdana menteri.

Pada Sabtu PH memenangi 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 dan Barisan Nasional dengan 30.

Ini mengakibatkan Parlimen tergantung kerana kedua-dua pakatan tidak mencapai majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu. – 22 November, 2022.


HATI BERDEBAR

KITA BERSABAR

INI NAMANYA

KEBIASAAN BARU

AMIN

OUR NEW 

NORMAL

KHALAS

Tiada ulasan: