Isnin, 6 Februari 2023

MAIL BERA BERFATWA

Umno patah balik belakang apabila pecat Khairy, kata Ismail Sabri

Umno mengambil risiko memperjudikan sokongan anak muda kepada parti itu apabila memecat dan menggantung pemimpin yang lantang mengkritik parti, kata naib presidennya Ismail Sabri Yaakob.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, beliau menyifatkan tindakan itu seperti patah balik ke belakang.

“Kita memberi petanda yang salah kepada mereka, iaitu parti Umno tiada demokrasi, dipecat atau digantung. Itulah persepsi mereka sekarang terhadap parti ini.

“Mereka (orang muda) lebih melihat dan mahukan pe­mimpin yang dipecat Umno seperti Khairy.

“Beliau (Khairy) terbuka dalam mengkritik parti dan pada orang muda itu sesuatu yang wajar. Sebab itu, saya kata mereka ideal. Mereka mahu kebebasan diberi pada ahli. 

“Orang muda tidak akan masuk parti yang menyekat kebebasan mereka,” katanya.

Umno minggu lepas memecat 44 ahlinya termasuk Khairy yang juga bekas ketua sayap pemudanya yang juga bekas ahli parlimen Rembau tiga penggal.

Selain Khairy, Umno juga memecat bekas pengerusinya di Selangor Noh Omar atas permintaan beliau sendiri selepas sebelum itu dikenakan tindakan gantung enam tahun.

Umno juga menggantung keahlian bekas naib presidennya Hishammuddin Hussein selama enam tahun bersama tiga yang lain, termasuk bekas ketua penerangan parti Shahril Sufian Hamdan.

Dua lagi yang digantung ialah Maulizan Bujang (ketua Umno Tebrau), dan Salim Sharif (ketua Umno Jempol).

Alasan tindakan ke atas mereka tidak pernah diumumkan secara terbuka sementara mereka yang dikenakan tindakan juga tidak dimaklumkan kesalahan selain tidak dipanggil untuk membela diri.

Ismail Sabri berpendapat Umno akan lebih sukar menarik sokongan anak muda yang pada masa ini berdaftar secara automatik sebagai pengundi apabila berumur 18 tahun.

Beliau membayangkan Umno akan sekali lagi ditolak oleh golongan muda ini pada enam pilihan raya negeri yang akan diadakan sebelum pertengahan tahun ini, sama seperti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada hujung tahun lepas.

“Kita hadapi masalah sama dalam PRU15 baru-baru ini yang akhirnya ditolak orang muda dan golongan profesio­nal. Sebab kita tak nampak apa tawaran baharu yang diberikan sebelum dan selepas PRU15 kalau kita dengan cara dan nada sama.

“Jadi tiada apa yang hendak diharapkan pada Umno lagi. Kalau dulu kita ditolak, tiada sebab mereka mahu ubah dan tolak Umno sekali lagi,” katanya. – 5 Februari, 2023.

KESIAN 

MAIL BERA

KAH KAH KAH

DAH JADI

POLIS PENCEN

KAH KAH KAH

TAPI JANGAN LUPA

JASA MAIL BERA

AMIN

MAIL MASUKAN

NAJIB DALAM JIL

AMIN

INI SEJARAH

KEJAYAAN AGONG

 MAIL BERA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit Bera orang muda sokong sosial media, sokong porno sokong judi sokong tuckbeer, engkau orang asyik main tiket ke syurga dengan PAS siapa sokong engkau orang, yang sokong pun orang ulu, orang tua orang kedai kopi, orang dapat jawatan orang dapat bantuan saja, yang muda cari makan pun susah nak sokong buat apa? Apa untung sokong lu orang? Semua curi rasuah rompak sampai orang muda susah sampai lingkup mata wang sampai jatuh negara sampai bangkrap negara? Siapa sokong lu soalan bodoh kah kah orang muda tak ambil pot tak ambil peduli pun asyik tak ada modal lain, kalau nak orang muda sokong mulut plaster dulu, buat kerja buat kebajikan buat kerja Ahli Parlimen tak payah wayang siang malam woit kah kah kah kah diam diam buat kerja orang bapak tak payah drama sketsa skema cerita baru kah kah kah kalau ada upah satu bandar penduduk kita tampal poster, isi minyak tukar minyak hitam semua cerita kuno, kah kah kah