Isnin, 14 Ogos 2023

LANGKAH BIJAK SEBELUM MOGOK



Kakitangan mula pakai lencana ‘Pengurusan KWSP Zalim’


KUANTAN – Bermula hari ini, ahli Kesatuan Kakitangan Lembaga Kumpulan Simpanan Pekerja (KKLKWSP) seluruh negara akan memakai butang lencana yang memaparkan perkataan ‘Pengurusan KWSP Zalim’ di semua lokasi KWSP di seluruh negara.

Tindakan drastik tersebut diambil setelah kesatuan itu tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan organisasi dan melancarkan bantahan aman sehingga 16 Ogos ini.

Menurut Presidennya, Ahmad Hamzah, ia berikutan pihak pengurusan tidak memberi perhatian selain enggan melayani dan berbincang tentang beberapa tuntutan ahli kesatuan.

“Antara cadangan kesatuan adalah berkaitan dengan keseimbangan gaji (balancing), pelarasan gaji, penyeragaman terma dan syarat perkhidmatan, faedah persaraan, elaun wilayah, cross selling, bonus, bantahan penubuhan jawatankuasa tatatertib pengurusan, pengisian jawatan Pengarah Wilayah Sabah dan penambahan geran tahunan kesatuan,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, pihaknya telah menghantar cadangan kepada pengurusan tetapi malangnya tiada cadangan atau maklum balas yang diterima dan keengganan pengurusan untuk berbincang dan memberi cadangan balas menyebabkan wujudnya perbezaan kepentingan.

Selain itu, Hamzah berkata, terdapat jurang pendapatan besar antara pengurusan dan pekerja bawahan yang secara tidak langsung menjadi barah yang menyakitkan pekerja.

“Sebagai wakil pekerja di KWSP maka wajarlah kesatuan mengambil tindakan ke atas pengurusan KWSP yang tidak memberi perhatian dan tidak berminat bagi penyelesaian secara harmoni.

“Kesatuan memahami kesan daripada tindakan ini tetapi pihak pengurusan tidak mengendahkan cadangan dan mengabaikan tuntutan pekerja bawahan,” tambahnya.

Dalam pada itu, KKLKWSP juga katanya merayu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk masuk campur bagi meleraikan kemelut yang dihadapi mereka.

Jika isu yang membelenggu lebih 3,000 ahli kesatuan itu tidak diselesaikan segera, difahamkan mereka juga tidak akan teragak-agak untuk mengadakan piket dan bantahan secara terbuka. –

INI LANGKAH

BIJAK

AMIN

LANGKAH AWAL

BERI PENCERHAN

PADA ORANG

RAMAI

AMIN

JIKA GAGAL

TERUS PIKET

KEMUDIAN MOGOK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: