PERANG YANG BELUM SELESAI
Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 12/10/23
1. Biarlah Moscow dan Washington selesaikan peperangan di Ukraine , tetapi mengikut rekod Amerika kalah peperangan samada di Vietnam , di Afghanistan mahupun di Iraq
2. Sebagai Umat Islam adalah menjadi tanggungjawab kita bukan saja mendoa tetapi yang lebih penting membekalkan rakyat Palestine dengan senjata
3. Sejak ujud nya negara Israel pada 14hb Mei 1948 ekoran Deklarasi Belfour yang diusahakan British , bukan saja wanita tetapi kanak - kanak perempuan dirogol dan di bunuh dengan begitu kejam oleh tentera Yahudi
4. Selama ini rakyat Palestine hanya bertahan dengan melontarkan batu ke arah tentera Yahudi yang lengkap dengan senjata canggih
5. Berbagai Resolusi dan Bantahan oleh Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu atau United Nation namun Yahudi TIDAK peduli itu semua ; mereka terus MERAMPAS tanah dan ladang kepunyaan penduduk Palestine dan dijadikan jajahan mereka
6. Barat terutama sekutu kuatnya , Amerika dan England menggelarkan rakyat Palestine sebagai pengganas atau terrorists sedangkan mereka HANYA berjuang di kembalikan semula HAK mereka dan dalam masa sama ramai Rabbi atau alim ulama mereka sendiri terutama di Amerika Syarikat protes TIDAK BERSETUJU penindasan yang dilakukan
MEREKA ADALAH
PEJUANG !
BUKAN
PENGGANAS ATAU TERRORIST
7. Dalam kesibukan peperangan di Ukraine dan Gaza teringat bagaimana Tun Dr. Mahathir membantu rakyat Islam Bosnia MENENTANG askar Serb dengan membekalkan senjata selain membantu membangunkan ekonomi Bosnia Herzigovina selepas mendapat kemenangan
8. Rakyat Bosnia terlalu terhutang budi kepada jasa Tun sehingga sebuah TUGU PERINGATAN di dirikan di sebuah Taman bagi memperingati jasa beliau
9. JIKA TIDAK
MAHU
MEMBALAS
BUDI
SEKURANG
KURANG NYA
CUKUP
DENGAN
MENGINGATI
NYA
JANGAN
BUNUH
ANGSA
YANG
BERTELURKAN
EMAS
DEK KERANA
MENDENGAR
GURUH
DI LANGIT
10. Sabda Rasulullah :
'Peperangan
yang lebih
besar ialah
melawan
NAFSU'
11. Ada beberapa agensi seperti SPRM , Polis , Imigresen , Kastam , Marine dan lain - lain dan pegawai - pegawai Kerajaan samada di peringkat Pusat , Negeri dan Daerah yang mana sebahagian pegawai dan kakitangan nya TERLIBAT DENGAN RASUAH
12. Kita berharap agensi - agensi lain mengikuti jejak langkah dan ketegasan Datuk Ayob Khan , Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , Suhaily Mohd BERTINDAK mengikut apa yang di amanahkan
13. Yang aneh nya mereka TIDAK tinggal solat dan berdoa dan ada pula yang mendengar taskirah atau ceramah agama namun dalam masa sama TETAP dengan amalan jijik dan kotor ini - RASUAH
14. Selain dari mereka satu kumpulan lagi yang sebahagian besar nya terutama yang memegang jawatan terdiri dari Ahli - Ahli Parlimen berlagak seolah - olah negara ini dia yang punya ; SEBENAR nya pengelibatan mereka dalam amalan RASUAH mungkin lebih lagi ; bezanya mereka pandai berdrama atau bersindawara
15. Yang punyai duit haram yang lebih samada mereka membeli atau membesarkan rumah dan menayang kereta mewah dan mengerjakan UMRAH TANPA rasa malu walaupun umum tahu gaji yang mereka dapat
16. Rakyat , jika tidak mahu dimalukan oleh masyarakat antarabangsa yang kini mengenali kita sebagai negara rasuah perlu bangkit dari terus bermimpi
17. 'WALK
THE
TALK'
bukan menuduh orang itu 'sakau' duit negara/rakyat - jika cukup bukti seperti ada 6 kotak bukti , dedahkan seperti yang dijanjikan , BUKAN bersembunyi di sebalik Mahkamah ; saya dan rakyat akan menyokong sebarang tindakan asalkan ia TIDAK bermotif politik
18. SPRM perlu bertindak segera samada orang itu berjawatan atau tidak ; JANGAN bertindak memilih bulu , dan hanya mengikut arahan mereka yang berkuasa
BANGKAI
GAJAH
DI HADAPAN
TIDAK
NAMPAK
SEDANGKAN
KUMAN
DISEBERANG
LAUT JELAS
KELIHATAN
19. Umum yakin HANYA Tun Mahathir sahaja yang mampu membekalkan senjata kepada pejuang Hamas seperti yang pernah dilakukan nya di Bosnia dahulu BUKAN setakat
'LIP SERVICE'
dan
SIBUK
MEMPERTAHAN
LGBTQ
yang sudah pun diharamkan sejak zaman penjajah British lagi yang bukan Islam
Bak kata orang muda :
TST
atau
TAHU
SAMA
TAHU
Wassalam
Terima Kasih
1 ulasan:
Kih kih kih. Sesekali timbul mcm ikan kaloi. Ada pembaharuan. Dah jadi joki. Masa jadi pengerusi mara apa cerita kah kah kah.
Catat Ulasan