Jumaat, 13 Oktober 2023

SUBSIDI AYAM & TELOR DIMANSUH


Subsidi telur, ayam akan dimansuhkan, kata Anwar

PUTRAJAYA mengumumkan kawalan harga sementara ayam dan telur akan dilepaskan agar pasaran tempatan boleh berfungsi bebas dalam pastikan keterjaminan bekalan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata harga telur dan ayam kembali stabil malah harga runcit semasa jauh lebih murah daripada harga siling.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan merasionalisasikan subsidi diesel seara berfasa namun pengecualian akan diberi kepada pengguna terpilih seperti syarikat logistik.

Katanya, kerajaan akan terus menyelaraskan subsidi elektrik.

Menurutnya, subsidi elektrik sebanyak RM55 juta akan disalurkan sehingga RM40 sebulan kepada golongan miskin tegar. – 13 Oktober, 2023.

WOIT

KERAJAAN

PERLU GALAKAN

ORANG RAMAI

UNTUK PILIHARA

AYAM

AMIN

ADA AYAM PASTI

ADA TELOR AYAM

KHALAS

Tiada ulasan: