Khamis, 5 Oktober 2023

LIMA KAWASAN BAHAYA !!!



5 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat


LIMA kawasan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (DoE) Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan tertinggi di seluruh negara iaitu 153.

Kawasan lain ialah Bandaraya Melaka di 151, Batu Pahat (134),Tangkak, 122 dan Port Dickson (124).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; dan melebihi 300 berbahaya.

Laman web itu menunjukkan daripada 68 stesen, 51 berada pada tahap sederhana dan 12 lagi kawasan di negara ini menunjukkan bacaan di bawah 50. – 5 Oktober, 2023.


KAWASAN TEPI

SELAT MELAKA

BAHAYA 

AMIN

DEKAT DENGAN

SUMATRA YANG

TERBAKAR

AMIN

Tiada ulasan: