Jumaat, 24 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 24 OKTOBER 2025

JUMAAT YANG DI NANTI


DEMO – JAM 2  PETANG – DATARAN TABUNG HAJI
Hari ini  satu lagi DEMO TOLAK TRUMP dan TOLAK MADAFAKA – Presiden Amerika ini tidak   harus di jemput ke Malaysia. Tukang jemput ini konon nak tunjuk hebat – jadi rakyat akan buktikan bahawa TRUMP BERAMBUS .

Di Amerika sendiri 7 juta bukan 700 ribu TUJUH JUTA turun berdemo tolak Trump – kita bersama rakyat  dunia menolak Trump.

TAPI Trump ini baik – dia huru harakan dunia kapitalis – kacau sana kacau sini – Malah  masyarakat Amerika pecah dua -   MAGA sokong Trump dan yang lain nak Trump di tangkap dan masuk penjara.

Macam nak timbul revolusi di Amerika.

Berapa lama rakyat Amerika boleh BERTAHAN dengan Trump? Kita lihat dan tunggu – Demo kita ini  adalah sumbangan kita untuk menjatuhkan Trump dari tampak kuasa.

BAJET BAIKI CARCOSA – ini betul bajet gila babi 600 juta – Wow – apa yang menjadikan rakyat marah ialah BAJET KEMENTERIAN PERTANIAN hanya 500 juta – bayangkan – untuk baiki bangunan 600 juta ringgit untuk ribuan Pak Tani hanya 500 juta ringgit – INI jelas Madafaka.

ARWAH ZARA – jelas  naratif jalan cerita  dah mula di alih -  memperlihatkan  arwah Zara ini terjun bunuh diri – Wow  BUNUH DIRI – tapi yang wajib di ketahui ialah PUNCA BUNUH DIRI  - kenapa bunuh diri ? sapa buli hingga bunuh diri ? Jeng jeng jeng.

MENTERI PELAJARAN LETAK JAWATAN !!! Ini tuntutan anak muda – gua tak sokong – gua mahu Minah ini terus jadi Menteri. Minah ini sebenarnya adalah MUKA DI BENCI – dalam taktik menjatuhkan kerajaan kita wajib ada muka di benci.

Jika Minah ini letak jawatan susah kita nak mengutuk kerajaan – ketika ini Minah ini jadi sasaran – ini baik -  jangan kita beri cadangan untuk baiki Minah ini – INI SILAP –

BILA MUSUH BUAT SILAP – BIARKAN – gunakan sebagai peluru menghasut. Amin.

RUSIA
Putin buat kenyataan bahawa Rusia TIDAK AKAN TUNDUK pada Amerika. SEKATAN baru ini mungkin ganggu  sedikit jualan minyak.

ISRAEL
Parlimen Israel lulus dasar untuk mengambil Tebing Barat.

MESIR
Al-Fatah dan Hamas bertemu di Kaherah  untuk bincang hal Gaza.

AMERIKA
Trump runtuhkan semua bahagian timur Rumah Putih. Ramai  marah kerana ini rumah sejarah.  Trump nak bina  blok baru macam rumah dia di  Mar a Largo.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar – kemarin hujan  tak henti – lopak air di sana sini. Di pintu masuk cengkerik berlagu – seeeeet – tidak bersimponi.

Langit pucat – matahari belum bersinar. KL & KL Sentral cerah – nampak bukit bukau warna biru i di Hulu Selangor – Hujan dan angin kuat bawa cerah.

Tekukur bersuara dari atas bukit.  Gua dengar banyak suara  - Pipit dan Tiong.

Dekat Wakaf Pertama Jantan Baik datang menyongsong – yang lain semua datang  - dah faham makanan sampai – Siti berkejar  hampiri kaki gua – Puppy yang lain agak takut – ada 6 ekor Puppy dan dua Emak – gua nampak Puting Susu Sang Emak masih kembang.

Seperti biasa Siti dapat Friskies – dan juga macam Ezi dan Tak Tak dapat hati ayam – ini spesial – hati ayam gua rebus kemudian masuk air drier – kering dan enak.

Hari ini akan panas -  gua harap tak  panas sangat – Gua nak turun ke Dataran Tabung Haji – jika redup pasti lumayan berdemo Tolak Trump. Amin

BRO
SENYUM SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
Jika lu letih berdemo  - lu  henti rehat – musuh jangan di lupakan.

BRO
Dalam demo – ramai yang turun – kita takan dapat kawan baru. Ini kawan setia – kawan satu tujuan – satu perjuangan – satu tekad.

BRO
Bila berdemo lu jangan lupa  sapa yang lu lawan dan kenapa lu lawan – ini penting – untuk bakar semangat. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

JUMPA DI DATARAN TABUNG HAJI

Tiada ulasan: