BERBUKA
HARI INI PUASA AMAT
SELESA PANAS BERANGIN
PETANG REDUP
JAM 6.36 HUJAN TURUN
SUASANA BERBUKA
SEJUK NYAMAN
DUA HARI LAGI KITA RAYA
LALU TERINGAT
ZAMAN KANAK KANAK
ADA
BAJU RAYA
KASUT RAYA
SONGKOK RAYA
SEMUA BARU
KALAU TAK ADA YANG BARU
MACAM
TAK JADI RAYA
PADA KETIKA ITU GUA HAIRAN
EMAK DAN ABAH GUA
TAK AMBIK POT
TENTANG BAJU KASUT BARU
SEKARANG BILA
GUA DAH PATUT JADI AYAH
GUA SEDAR
SEMUA ITU TAK ADA APA MAKNA
ITU RAYA UNTUK KANAK KANAK
TAPI AWAS
MEMILIKI BARANG
DI ZAMAN KANAK-KANAKI
TERBAWA HINGGA TUA
TANPA KESEDARAN
NILAI INI
MASIH MERANTAI RAMAI ORANG
NAK BELI KERETA BARU
NAK BELI KERUSI MEJA BARU
NAK BELI BARANG BARANG
NAK KUMPUL BARANG BARANG
BARANG BARANG
GUA ULANGI
BARANG BARANG
SEBENARNYA BANYAK
BARANG BARANG INI
TIDAK KITA PERLUKAN
SEMASA GUA DI KAMUNTING
DUA ADA
DUA SELUAR
DUA BAJU
SATU SELIPAR
SATU BAJU T
PALING MINAMLIS
KETIKA GUA LARI
MELINTAS SEMPADAN
NYULUP NYEBERANG
SUNGAI GOLOK
GUA HANYA ADA
SATU KASUT
SATU BAJU
SATU SELUAR PANJANG
TOWEL DALAM PLASTIK BEG
INILAH HARTA GUA
TAHUN 1974
HARI INI BILA GUA
PANDANG KELILING BILIK GUA
BERSEPAH BARANG
BANYAK
YANG GUA TAK PERLU
SABENRANYA DALAM HIDUP
YANG KITA PERLUKAN
BUKAN BARANG
TAPI ALAT UNTUK BERTUKANG
MENCARI KEHIDUPAN
BERAPA BAYAK ALAT
YANG KITA PERLUKAN
UNTUK MENUKANG KEHIDUPAN
INI JARANG KITA TANYA
DIRI KITA
KITA TELAH DIBOHONGI
DENGAN NILAI
MENGUMPUL BARANG
KITA DIBERI NILAI
JIKA KITA ADA BARANG
LAGI BANYAK BARANG
YANG KITA ADA
LAGI BAHAGIA HIDUP
MEREKA YANG
TIDAK MEMILIKI BARANG
ADALAH MEREKA
YANG GAGAL DALAM HIDUP
JUSTERU GAGALIS
PETANG INI
GUA ADA
KUEH LENGKONG KELMARIN
ADA KUEH TART NENAS
KARTONIS RONASINA BERI
GUA PETANG KELMARIN
SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
Penukul,sabit,beliung adalah alat bertukang. Begitunya sosialis yang menyuruh mengguna alat alat ekonomi untuk kesejahteraan umat.masih dollar,riyal,ringgit,hanya alat simpan nilai.cara alir nilai inilah ke arah bangun manusia atau menghambakan manusia.jika warga tani asal tanah melayu,hanya bekalnya sebungkus kain baju,mata cangkul dan kayu pengandar dibuat alat mwncangkul.seluas mata memandang sawah bendang dipugar.
Catat Ulasan