Khamis, 21 Mei 2020

SIAPA LANTIK ANWAR ?







SIAPA LANTIK

ANWAR ?

BETUL JUGA

MAMAT NI CAKAP


Khairuddin: Anwar sedang alami tekanan hebat, keadaannya agak kritikal

PETALING JAYA:  Anwar Ibrahim kelihatan terkontang kanting dari segi hala tuju politiknya dan sedang hadapi tekanan berikutan pepecahan yang menimpa parti pimpinannya.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin,  Khairuddin Abu Hassan, yang bingung bagaimana Anwar boleh berkata sidang akhbar yang dianjurkan oleh  Dr Mahathir Mohamad pada 18hb Mei 2020 bukan anjuran Pakatan Harapan.

“Anwar Ibrahim sudah berulang kali mengaku dirinya pengerusi Pakatan Harapan seolah-olah rakyat mengalami masalah pendengaran.

“Malah, beliau sendiri pernah menyindir  Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan kepada pemberita Tun bukan ahli Pakatan Harapan.

“Jadi buat apa Anwar Ibrahim perlu keluarkan kenyataan bahawa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Dr Mahathir Mohamad bukan anjuran Pakatan Harapan?

“Bukankah ini bukti Anwar Ibrahim tidak yakin ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan setia terhadapnya memandangkan ramai sudah mula muak dengan kerenahnya dan tahu beliau tidak lagi diterima majoriti rakyat,” tanya Khairuddin.

Khairuddin menambah, perpecahan dalam PKR mungkin telah menggugat keyakinan Anwar pada dirinya sendiri menyebabkan beliau terpaksa mengulangi sesuatu beribu kali.

“Dari dulu lagi, sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, Anwar tak habis-habis dengan cerita peralihan kuasa.

“Kini beliau berulang kali mengingatkan semua beliaulah ketua pembangkang dan pengerusi Pakatan Harapan.

“Sebenarnya, yang Anwar Ibrahim buat ialah meyakinkan dirinya sendiri bahawa beliau masih relevan.”

Khairuddin berkata, Anwar turut merupakan seorang manusia yang angkuh dan kemaruk kuasa dan takut kepada aura Mahathir yang kini menjadi pesaing terhebatnya.

“Apakah maksud Anwar Ibrahim bahawa sidang akhbar yang dianjurkan oleh Dr Mahathir Mohamad bukan anjuran PH?

“Sekiranya Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadirinya, tidak salah sama sekali jika beliau hadir atas dasar persefahaman kerjasama. Apa salahnya?

“Lihat tak sifat angkuh Anwar Ibrahim? Dia tidak akan mengizinkan Dr Mahathir Mohamad untuk bertindak mengjangkaui dirinya.

“Bagi Anwar Ibrahim, dia pengerusi baharu PH dan apa sahaja aktiviti PH harus dikendalikan oleh dirinya sendiri dan dirinya sendiri sahaja. Dia ini manusia angkuh serta gila kuasa.

“Sesungguhnya, Anwar Ibrahim juga teramat takutkan imej  Dr Mahathir Mohamad dalam memimpin PH dan khuatir  akan menjadi saingan kepadanya.

“Yakinlah, bahawa Anwar Ibrahim tidak akan memberi ruang lagi pada Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin PH.

“Sebab itulah Dr Mahathir Mohamad tidak harus lagi bagi muka lagi pada Anwar Ibrahim. Dia hanya mahu mempergunakan Tun untuknya mencapai cita-cita politik rakusnya bagi menjadi perdana menteri semata-mata".


DI SIDANG MEDIA

MAT SABU ADA

GUAN ENG ADA

PASAI APA 

MEREKA 

HADIR 

BUKANKAH 

ANWAR

KLIM DIA

KEPALA MEREKA

PELIK 

APA TERJADI ?

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH

KALAU MARAH

NANTI  

DISAIFOLKAN

4 ulasan:

Nole berkata...

Bila musuh menyerang, maknanya ini kerja betul. Tq tt for sharing. Wa ma ka rooo

Tanpa Nama berkata...

Betullah anwar tak hadir. Tun nak cakap pasal perpecahan bersatu yg terus jahanamkan kerajaan PH yg dia sendiri mulakan, pandai2 pi letak jawatan siapa suruh!!! sekarang nak guna pkr, dap, amanah kutuk PN, buat apa. tindakan anwar betul, cukup pah tun perguna semua jentera utk dia, dia dan dia sejak malapetaka yg dia sendiri cari. PH perlu move forward TANPA Tun, rakyat nak tengok kepimpinan baru dan perubahan baru. Anwar boleh lakukan itu, PKR, DAP, AMANAH perlu mula kerja tanpa Tun lagi. PH tak perlu berada diawah bayang2 Tun.

Unknown berkata...

PKR jgn sekongkol dgn DAP,jadilah yg terbaik.Baru abang Non boleh jadi pm

azam berkata...

Bila DSAI tak mahu sokong atok dituduh angkuh mempergunakan atok.
Habis tu atok jadi PM 22 bulan dengan 13 MP tu mempergunakan siapa?