MAKIN RAMAI
AHLI PARLIMEN
SEDAR SIAPA
ANWAR IBRAHIM
SEBENAR
AMIN
SEKARANG WAJIB
DIDIRIKAN SATU
PERSERIKATAN
BARU UNTUK
HADAPI PRU15
AMIN
Apakah Anwar masih
relevan, tanya
ahli Parlimen,
penganalisis
Ahli Parlimen DAP dan Amanah merasakan Anwar perlu ada rancangan yang mantap supaya pembangkang dapat maju setelah keserabutan Belanjawan 2021 selain dakwaannya mempunyai jumlah kerusi untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen DAP itu berkata, Anwar yang bersekutu dengan Umno memudaratkan beberapa pihak dalam PH yang menentang keras sebarang kerjasama dengan parti itu yang dilihat sebagai musuh tradisi mereka.
“Dia patut berhenti daripada menggoda Umno dan fokus kepada membangunkan kembali pembangkang. Kalau ada pilihan raya, kita sama sekali tak bersedia,” kata sumber itu.
Yang lebih menaikkan kemarahan pemimpin DAP adalah kejadian pada Khamis lepas di mana Anwar didakwa masuk ke ruang rehat ahli Parlimen untuk mengejek Senator DAP Liew Chin Tong kerana dituduh membantu menghasilkan kenyataan bersama DAP dan Amanah.
“Anwar mengejek Liew kerana menganggap dia adalah orang yang menyusun kenyataan itu tetapi dia tidak tahu apa-apa,” kata sumber.
Pada pagi Khamis, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama mendesak untuk menyusun semula pembangkang dan memberi isyarat kepada Anwar supaya berhenti berunding dengan ahli Parlimen kerajaan.
Antara lain adalah untuk membaiki hubungan dengan ahli parlimen dari Warisan dan Pejuang, yang memilih menentang Belanjawan 2021 dengan PH dalam pengundian belanjawan pada hari sebelumnya di Dewan Rakyat.
Selepas kenyataan itu dikeluarkan, mesyuarat ahli parlimen PH yang sepatutnya diadakan pada hari itu juga dibatalkan kerana Anwar sangat marah atas pendirian rakan sekutunya.
“Mesyuarat dibatalkan setelah kenyataan itu. Tidak wajar para pemimpin mengeluarkan kenyataan seperti itu tanpa kata sepakat,” kata sumber PKR.
Bagaimanapun, pemimpin DAP dan Amanah merasakan kenyataan itu masih selari dengan pendirian PH memandangkan ia bertujuan untuk mengingatkan kembali pendirian pembangkang setelah pembentangan Belanjawan 2021.
“Anwar tak dapat kawal kemarahannya. Sebenarnya kami hanya mahu dia menjadi pemimpin pembangkang yang baik dan tidak memecah-belahkan pembangkang,” kata sumber.
“Anwar tidak pernah mempunyai niat baik dengan sesiapa pun kecuali penyokong tegarnya. Oleh kerana wataknya yang berubah-ubah, dia selalu menjadi pilihan mudah untuk mengajak mereka dengan ideologi menentang gabungan kerajaan.
1 ulasan:
Nanti dia kata dia ada numbo untuk ketua pembangkang! Kah! Kah! Kah!
Catat Ulasan