Sabtu, 19 Disember 2020

BERITA ANWAR TAKUT

 


BERITA INI

MENAKUTKAN

ANWAR

KAH KAH KAH

DAP AMANAH

MAKIN JELAS

TAK MINAT LAGI

DENGAN ANWAR

AMIN



Akar umbi AMANAH sokong gabungan besar

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan.

Desakan itu dibuat oleh 108 pemimpin akar umbi Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menyokong teguh kenyataan presiden parti itu, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung hala tuju PH.

Menurut mereka, idea politik baharu gabungan besar bukanlah satu perancangan untuk membelakangi mana-mana parti komponen PH, akan tetapi kita memerlukan ikhtiar baharu dalam mobilisasi gabungan parti pembangkang dalam satu visi dan misi yang sama iaitu dengan menolak kleptokrasi dan mengangkat nilai demokrasi, integriti serta urus tadbir yang baik.

”Kami berpandangan bahawa kesatuan dalam kalangan semua parti komponen pembangkang amat mustahak bagi menghadapi cabaran politik yang mendatang serta persediaan bagi Pilihanraya Umum ke-15.

”PH perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan itu, sudah sampai masa untuk pimpinan PH dan parti-parti pembangkang yang lain memberi fokus kepada penyatuan dan kesepaduan bagi menggembleng usaha supaya dapat bergerak sebagai satu pasukan, menampilkan wajah-wajah baru kepimpinan yang segar dan mengenepikan perbezaan serta bebanan lampau. – MalaysiaGazette

JELAS

PERLU SATU 

GABUNGAN BARU 

WAJIB DIDIRIKAN

AMIN

KALAU ANWAR

MASIH CALON 

PAKATAN 

ERTINYA

PAKATAN HARAPAN

TAKDA HARAPAN

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Silap BESAQ kalau buang Anwar...tengokler nanti....

Tanpa Nama berkata...

Kepala lutut Atok dah belaga
sisih Anwar pembangkang tungging!