Ahad, 8 Ogos 2021

BERKHALWAT HARI KE 509

 


KHALWAT KE 509
AHAD  8/8/2021
KITA MASUK KE HARI 509
BERKHALWAT 

PKP 4.0
BERJALAN LAGI
ANGKA  SAKIT NAIK
ANGKA GUGUR NAIK
ANGKA SUNTIKAN JUGA NAIK
AMIN

DARURAT POLITIK
BETERUSAN
ISMAIL SABRI
SEDANG BERGADUH
DENGAN ZAHID HAMIDI

INI BAIK UNTUK NEGARA
INI BAIK UNTUK RAKYAT

BIARKAN ORANG JAHAT
BERBUNUH SESAMA SENDIRI
BIARKAN ORANG JAHAT
KLIM DIA ORANG BAIK
KAH KAH  KAH

PAGI INI GUA  BARU
NAK BUKA PINTU  NAK KELUAR RUMAH
SUDAH DENGAR MURAI
ADUH !
INDAH PAGI INI

DARI JAUH GUA DENGAR 
JANTAN BERKOKOK

DI HOKKIEN KELAM
HUJAN PETANG KELMARIN
MENJADIKAN AWAN MENUTUP  MATA HARI
AWAN KELABU DISANA SINI
TIDAK MENARIK

KL SENTRAL DAN KL
JUGA DILIHAT KELAM

GUA LALU DEPAN MENGKUDU
TAK ADA PENGHUNI
TAPI GUA NAMPAK
PULUHAN PIPIT
TERBANG BERKAWAN-KAWAN
MEMAGUT BIJIRIN

SATU KUMPULAN TIONG
MEMBUAT BISING
GUA PERHATIKAN TIONG
INI SUKA BERCEKAK
SESAMA SENDIRI
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
HIDUP INI
BUKAN NAK BERI
SEMUA ORANG HAPPI
KALAU ADA ORANG TAK HAPPI
KERANA LU HAPPI
JANGAN AMBIL POT

BRO
HAPPI INI BUKAN
NAK MILIKI MACAM MACAM
TAPI
TAHU MENIKMATI DAN ENJOI
APA YANG LU ADA

BRO
BERI MAAF KEPADA SEMUA
AGAR  KITA TAK BERAT HATI

BRO
JANGAN JADIKAN MINDA KITA
SARANG MARAH CEMBURU DAN BENCI
JADIKAN MINDA
RUMAH UNTUK
MENYIMPAN KEGEMBIRAAN
KASIH SAYANG
DAN
INGATAN INDAH

BRO
JANGAN CAMPUR ADUKAN
KATA KATA KASAR
KETIKA KITA
DALAM SUASANA TEGANG
SUASANA TEGANG
AKAN BERUBAH
TAPI KATA KATA KASAR
TIDAK BERUBAH

BRO
DETIK SABAR
YANG MUNCUL
KETIKA ADA DETIK MARAH
IANYA AKAN MENYELAMATKAN
DIRI KITA
DARI SESALAN YANG KEKAL

BRO
JANGAN TAKUT
UNTUK MENCARI SENYUM

BRO
JANGAN UBAH DIRI
KERANA NAK MENANGI
HATI SESEORANG
JADI DIRI SENDIRI
CARI SOSOK
YANG TERIMA LU
SEBAGAI LU YANG ORI

JANGAN BERHENTI MENCUBA
JANGAN ILANG KEYAKINAN
HARI UNTUK LU
AKAN SAMPAI

BRO
LU LAYAN ORANG
SEPERTI  MANA
LU NAK ORANG
LAYAN LU
PENGHORMATAN DIBERI
BUKAN DI BELI

BRO
JANGAN LUPA
MEMBANTU SATU SOSOK
TAK AKAN MENGUBAH DUNIA
TAPI
IANYA MENGUBAH DUNIA
SOSOK ITU

BRO
JIKA KITA SEDAR
SEMUA DI SEKELILING KITA INI
HANYA SEMENTARA
HANYA 
CINTA KASIH SAYANG
DALAM HATI  LU
YANG TIDAK BERKESUDAHAN

BRO
SESEKALI LU LIHAT
KEMBALI BETAPA
NGOKNYA KITA
SIBUK DENGAN PEKARA PEKARA
YANG TIDAK BERGUNA

BRO
JADILAH SAPERTI AIR
IKUT RENTAK DAN ALUR
MENGALIR LALU
DENGAN CARA SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: