Sabtu, 25 Disember 2021

OMICRON MULA MEREBAK

 


AWAS

Kes varian Omicron dijangka meningkat, kata Khairy

ADA kemungkinan besar varian Omicron sudah menular di negara ini melalui jangkitan tempatan yang dikesan di Sarawak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kemungkinan Omicron sudah berada di dalam komuniti adalah agak tinggi disebabkan kes di Sarawak ini adalah seorang yang tidak ada sejarah perjalanaan ke luar negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Jangkitan tempatan itu membabitkan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun.

Lelaki berkenaan telah menjalani ujian Covid-19 pada 18 Disember kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember.

Sampel kes telah dihantar ke Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Univerisiti Malaysia Sarawak untuk ujian penjujukan genom, dan disahkan positif untuk varian Omicron pada 23 Disember.

Lelaki itu dimasukkan ke pusat kuarantin di  Hospital Umum Sarawak pada 20 Disember. Dua kontak rapatnya telah diberi arahan kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari.

“Kita menjangkakan kes-kes ini (Omicron) akan meningkat kerana sudah berada dalam komuniti,” kata Khairy.

Katanya, tahap serius kes membabitkan Omicron bagaimanapun masih belum dapat dipastikan walaupun beberapa kajian menunjukkan varian baharu itu tidak seteruk varian Delta.

“Epidemiologi di United Kingdom dan di Malaysia adalah berbeza, jadi apabila gelombang Omicron tiba, kita tidak tahu sama ada ini akan menyebabkan kemasukan ke hospital meningkat atau tidak,” katanya.

Kerajaan, tambah Khairy, akan mengambil langkah pencegahan termasuk meningkatkan pemberian dos penggalak.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin ke luar negara mendapatkan suntikan dos penggalak terlebih dahulu, menambah selang masa suntikan dos penggalak Covid-19 akan dipendekkan, yang akan diumum minggu depan. – 25 Disember, 2021.

BERHATI HATI

AMIN

OMICRON CEPAT

MEREBAK

AMIN

KITA JAGA KITA

KHALAS

Tiada ulasan: