Sabtu, 25 Disember 2021

AWAS ! TENGKUJUH BELUM BERMULA

 


AWAS

Banjir monsun timur laut belum berlaku, kata tentera

SEMUA agensi perlu bersedia menghadapi bencana lebih buruk kerana banjir yang sepatutnya dibawa monsun timur laut masih belum berlaku, kata Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang.

Katanya, pasukan itu sendiri sudah membuat persediaan untuk operasi menyelamat apabila ia melanda empat negeri yang lazim terlibat banjir monsun itu.

“(Banjir monsun timur laut) ini belum terjadi lagi. Semua anggota kita sudah bersedia di negeri berkenaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami lebih bersedia, maknanya (ancaman monsun timur laut) ini kita sudah tahu apa hendak jadi, semuanya sudah diletakkan dalam keadaan siap siaga.

“Tetapi ingin saya ingatkan banjir ini tidak seteruk yang akan sampai. Monsun belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor,” katanya.

Banjir buruk yang berlaku sejak hujung minggu lalu pula disebab kesan cuaca berkaitan dengan luruan Taufan Rai yang melanda Filipina dan Vietnam.


Sedia hadapi luruan monsun, kata Nadma

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengingatkan pasukan penyelamat dan petugas bantuan bersiap sedia berhadapan luruan monsun yang dijangka bermula minggu hadapan.

Ketua Pengarah Nadma Aminuddin Hassim berkata, pasukan itu harus menyelaras agensi masing-masing dan bersedia agar pengurusan banjir dan bencana dapat dilakukan dengan lebih baik.


KITA WAJIB

BERSEDIA

AMIN

SEMUA INI

AKIBAT

PEMANASAN

DUNIA

AMIN

LEBIH TERUK 

AKAN SAMAPI

SEHINGGA UMAT

MANUSIA SEDAR

AMIN

WAJIB SEDAR

CARA HIDUP KITA

HARI INI

MEMBAWA MUDARAT

YANG KITA 

ALAMI & RASAI

SEKARANG

KHALAS

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Pemanasan Global ..apo tu. Jolobu tompek gwa, dulu sobolom thn 2000, kok tido malam, kok lupo carik solimut alamat ngiger kosojukan la. Orang Jolobu maso tu tak kona banjir sobab Jolobu punyo altitut totinggi dalam nogori. Ponduduk pon paling sikit ..paling gwa bangga Jolobu ponah di istihar wilayah dalam Malaya paling "sustainable" dari segi alam sekitar. Sekarang ..lu tinggok sindiri apo jadi pado Jolobu ..ari tu gwa ado tulis brapo dahsat nyo kojo mombalak di Jolobu ..malam paneh ..Chilako mano yang punyo kojo ni. Mano jo sungai, somuo bolumpur ..jalan dah macam pantek kono siplis, bolubang-lubang. Banjir ari tu Klawang dah macam kubang kobau ..gwa tak boleh bayangkan Klawang kono banjir lumpur yg sgt torok ..Kenaboi pusat rekreasi ghahai dongan kopalo air ..persoalan nyo dalam bising-bising kito pasal Jolobu banjir, mana pulak ilang nyo, Chilako-Chilako balak tu ..sial botol ..

Tanpa Nama berkata...

Panglima ini bagi jadi Munke lebih baik yang sedia ada, Munke tu hantar jaga negara Arab senang sikit mungkin kecek arab dia pandai belaka, kah kah kah nak jadi pemimpin pun kena ada lah kelayakan, macam mana bawa imej negara ke luar luar kalau bahasa inggeris pun terkapai kapai tenggelam adoi kesian lah sikit rakyat Malaysia ramai bijak pandai ada tapi yang bodoh piang jugak dijadikan Munke kah kah

panglimo potaseh berkata...

Tengkujoh belum bermula kita dah Tongolam ..kahkahkah. Tentera cakap Monsoon Timor Laut bolom borlaku ..eeik ..Askar kito ni kojo jago cuaco ko. Mano dio orang Kajicuaco ..montodarah jo kojo eay ..awan itam yang berarak minggu lepas pon Kajicuaco tak dapak kosan dan unjur apo yang akan borlaku. Kok cam tu baek den jumpo Koling Penelik Nasib guno burong kek Jalan Bandar/Petaling ..