Ahad, 19 Mac 2023

POLITIK SABAH BERGOLAK


Sokong Hajiji, Umno gantung Shahelmey 6 tahun, kata Bung Moktar

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin hari ini mengesahkan Timbalan Ketua Menteri III Sabah Shahelmey Yahya digantung keahlian parti selama enam tahun.

“... dia kena gantung selama enam tahun…,” katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Bahagian Umno Kinabatangan hari ini.

Shahelmey pula berkata sehingga kini beliau masih belum menerima apa-apa makluman rasmi daripada Umno mengenai perkara itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Putatan itu berkata beliau sudah menjangkakan keputusan sedemikian dikenakan terhadapnya.

“Saya menerimanya dengan berlapang dada dan saya berharap kenyataan yang diberitakan (oleh Bung Moktar) itu boleh dianggap sebagai keputusan rasmi,” menurutnya dalam kenyataan ringkas.

Pada 7 Januari lepas, Bung Moktar mengumumkan Umno dan Barisan Nasional Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah namun Shahelmey bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu kekal menyokong Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkenaan.

Bagaimanapun, pada 21 Februari lepas keempat-empat Adun iaitu Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin) bersama seorang lagi Adun Umno Hamild@Hamid Awang (Balung) mengumumkan keluar parti.

Pada 25 Februari lepas, Shahelmey yang juga Adun Tanjung Keramat berkata beliau dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno dan selesai membuat pembelaan atas pendiriannya itu.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ketua Bahagian Umno Kinabatangan selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini berkata tindakan Adun terbabit yang keluar parti tidak akan sama sekali mengganggu gugat Umno Sabah.

Ditanya tindakan pemimpin itu menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Hajiji, beliau berkata ia sama seperti era pentadbiran Berjaya sekitar pertengahan 1970-an hingga 1980-an dan melihat penyatuan tersebut sebagai sesuatu yang tidak dapat bertahan lama. – Bernama, 18 Mac, 2023.



WOIT

SABAH TAK STABIL

AMIN

ADA PRO ZAHID

ADA PRO MUHYIDIN

AMIN

INI LUBANG

UNTUK 

LANGKAH HADI

MASUK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: