Jumaat, 5 Mei 2023

PENG ANAL SILAP




Pengampunan Najib tidak akan dijadikan bahan kempen PRN, kata penganalisis


PERMOHONAN pengampunan diraja Najib Razak tidak akan menjadi bahan kempen bagi mana-mana parti pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata penganalisis.

Merea berkata Perikatan Nasional (PN) tidak akan mendapat faedah dengan membangkitkan isu itu, dan begitu juga Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, Najib sudah pun disabitkan kesalahan, dan isu itu sudah dimainkan sepenuhnya oleh parti politik ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata pengundi, terutama mereka yang di atas pagar lebih memilih untuk mengundi berdasarkan kepada isu seperti kos sara hidup.


“Isu pengampunan bukan perkara penting. Najib sudah pun di dalam penjara dan belum menjalani separuh daripada hukumannya. Pada PRN akan datang, pengundi mahu tahu apa yang kerajaan boleh lakukan untuk memulihkan ekonomi.

“Isu Najib sudah banyak kali digunakan pada PRU lalu. Majoriti penyokong PH dan BN sudah menerimanya.

“Tidak ada kesan ketara bagi PH dan BN, malah tidak ada kelebihan untuk PN,” katanya.

Baru-baru ini, parti komponen PH, Amanah terpaksa meminta maaf kepada Umno berhubung kenyataan dibuat pengarah komunikasinya, Khalid Samad yang memohon Agong menolak permohonan pengampunan diraja Najib.

Najib pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah pertuduhan kes pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Beliau juga didenda RM210 juta, yang masih belum dibayar.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu memohon pengampunan diraja selepas semua saluran undang-undang sudah digunakan untuk merayu sabitan terhadapnya.

Umno bertindak balas dengan melabelkan Amanah sebagai sekutu yang tidak boleh dipercayai.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian berkata pada sidang akhbar, setiap banduan ada hak untuk merayu dan memohon pengampunan diraja.

“Setiap banduan atau tahanan ada hak untuk merayu. Kita perlu pertimbangkan setiap kes dan menyemaknya atas asas belas kasihan, secara profesional dan tanpa prejudis,” katanya.

Pemerhati politik veteran Mohd Sayuti Omar senada dengan pandangan Mazlan dengan berkata tidak ada parti yang mendapat manfaat dengan memainkan isu pengampunan itu pada PRN.

“Lembaga pengampunan dalam satu kenyataan dengan jelas berkata rayuan Najib tidak ada dalam senarai persidangan semasa, maka ia bukan isu pada masa ini.

“PH atau Umno juga tidak akan dapat apa-apa jika menggunakan isu itu untuk kempen mereka. Parti yang bertanding perlu cuba bercakap tentang isu semasa,” katanya.

Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Khairul Dzaimee Daud berkata kertas rayuan pengampunan Najib akan dipertimbangkan untuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan pada waktu yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.

Permohonan itu tidak dibincangkan pada persidangan ke-59 yang berlangsung pada 28 April di Istana Negara. – 5 Mei, 2023.


PENG ANAL SILAP

TAK ANAL

RAPI RAPI

KAH KAH KAH

DALM PRN

PARTI YG KEMPEN

BEBASKAN NAJIB

AKAN KENA TOLAK

AMIN

PARTI YG MAHU

NAJIB TERUS

DIPENJARA AKAN

JADI PILIHAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: