BERAYA LAGI
JUMAAT 5/5/2023
KITA DAH MASUK
DUA MINGGU BERAYA
ESOK UJUNG MINGGU PASTI BANYAK
RUMAH TERBUKA
INI CIRI ISLAM BUDAYA
ADA LEMANG ADA REDANG
ADA KETUPAT ADA KUAH KACANG
INI TAKDA DALAM HADIS
INI TAKDA DALAM AYAT
AMIN
AGENDA AMPUN NAJIB
MASIH JADI PERBUALAN
KESIAN PADA ROSMAH
SEMUA ORANG LUPA
ROSMAH JUGA AKAN
MASUK PENJARA
APAKAH ROSMAH
KE PENJARA KAJANG ?
ATAU
KE PENJARA SUNGAI BULUH
AMIN
AMERIKA
4 ANAK MUDA
GENG PROUD BOYS
PENYOKONG TRUMP
DI DAPATI BERSALAH
KERANA MENGGANAS
DI BANGUNAN CAPITOL
PADA 6 JANUARI 2020
AMERIKA
SEKALI LAGI MENGUMUM
AKAN BUAT SEKATAN EKONOMI
KE ATAS SUDAN
KERANA SUDAN
DEGIL TAK NAK BERDAMAI
RUSIA
TUDUH AMERIKA RANCANG
SERANG DRONE
KE ATAS MOSCOW
AMERIKA GILA GILA MENAFI
UKRAINE
HARI 436 OPERASI SPESIAL PUTIN
UKRAINE TERUS DI BOM
KYIV TERUS DI ROKET
HUNGARY
PERDANA MENTERI VICTOR ORBAN
MENGALU-ALUKAN TRUMP
DAN BERHARAP TRUMP
AKAN KEMBALI JADI PRESIDENT
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA AGAK LEMAH
LANGIT ADA BIRU ADA KELAM
SAEKOR GAGAK MENDAYU SEDIH
TERBANG SAORANG DIRI
MENCARI KAWAN
APAKAH DI TINGGAL KUMPULAN
ATAU
DI PULAU KUMPULAN
KUMPULAN PIPIT
KEMBALI KE HOKKIEN
SUARA DI DENGAR DALAM
PADANG RUMPUT
MUKA TAK KELIHATAN
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
PETANG HUJAN
MALAM JADI SEJUK
ENAK UNTUK MELEPAK
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
PAGI JUMAAT YANG PERMAI
BRO
LU JANGAN PIKIR PERKARA LALU
LU JANGAN MIMPI YANG AKAN DATANG
LU FOKUS SEKARANG
BRO
KEBAIKAN MUNCUL
DARI BENIH YANG BAIK
KEBIJAKSANAAN MUNCUL
DARI FIKRAH YANG SUCI & DAMAI
BRO
KALAU HARI INI
LU SEHAT
INI ADALAH NIKMAT
TERBAIK
BRO
KALAU LU TIDAK
BERTINDAK
SATU HABUK TAK JADI
BRO
BILA HARI DI AMBANG PETANG
JANGAN LUPA SIAPKAN SULUH
JIKA HATI LU BIMBANG
JANGAN DI BAWA INGATAN JAUH
BRO
ANAK KANCIL MEMUNGUT JAMBU
SUDAH KENYANG LARI KE HUTAN
DARI KECIL MENCARI ILMU
AGAR SENANG HARI KEMUDIAN
BRO
ANAK MUSANG BARU BERAKAL
SETIAP PAGI SENYUM KETAWA
KETIKA MUDA KITA BELAJAR
AGAR SENANG MENDAPAT MAKWE
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan