Selasa, 15 Ogos 2023

BOM DALAM KAPAL TERBANG ?


Warga Australia didakwa buat ancaman bom palsu dalam pesawat MAS

SEORANG lelaki warga Australia didakwa hari ini kerana membuat ancaman bom palsu dalam penerbangan ke Malaysia, menakutkan penumpang dan menyebabkan huru-hara di ruang udara negara itu, lapor AFP memetik kenyataan polis.

Pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik tengah hari semalam selepas seorang penumpang mendakwa membawa “bahan letupan” dalam beg galasnya, kata polis.

Menurut polis Australia, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan sejurus pesawat berkenaan mendarat di Sydney. Dia didakwa atas tuduhan membuat kenyataan palsu mengenai ancaman untuk merosakkan pesawat.

Suspek juga didakwa atas satu tuduhan tidak mematuhi arahan keselamatan kru kabin.

Polis sebelum ini menegaskan kejadian itu “tidak membawa ancaman kepada komuniti”, walaupun ia menyebabkan 32 penerbangan domestik terpaksa dibatalkan dan penerbangan lain tergendala.

Semalam, penerbangan Malaysia Airlines MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur dilaporkan terpaksa berpatah balik susulan gangguan daripada penumpang dalam pesawat.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada 3.47 petang waktu tempatan.

“Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” menurut kenyataan Malaysia Airlines  semalam.

Penerbangan MH122 berlepas dari Sydney pada 1.40 tengah hari. – 15 Ogos 2023.


WOIT

PASTI ADA KESAH

DI BELAKANG

CERITA INI

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: