Selasa, 15 Ogos 2023

UMNO KEDAH MAHU KELUAR DARI KERAJAAN



UMNO kena keluar dari kerajaan atau ditolak pengundi – Yusof

KUALA LUMPUR – UMNO digesa untuk tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas prestasi buruk di Pilihan Raya Negeri (PRN)  Sabtu lalu.

Keputusan kelmarin jelas bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar,  Mohd. Yusof Ismail menunjukkan pengundi Melayu termasuk ahli-ahli UMNO menolak parti itu kerana tidak bersetuju dengan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Sebagai tanda memahami sentimen pengundi Melayu berhubung kerjasama UMNO dan DAP itu, parti perlu bertindak tegas dan segera dengan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

“Berkawan dengan DAP untung seringgit, rugi sejuta.

“Jika keadaan ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), ada kemungkinan besar UMNO akan menjadi parti kecil yang menang hanya belasan kerusi Parlimen gara-gara mahu terus bersama DAP dalam kerajaan untuk tiga atau empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Yusof  berkata, UMNO perlu segera mengambil tindakan drastik untuk keluar dari kerajaan atau berdepan kemungkinan UMNO tidak lagi berjaya pada PRU akan datang.

Pada Sabtu lalu, UMNO kalah teruk apabila hanya menang 19 kerusi dari 108 kerusi DUN yang ditandingi.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku i Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan PRN di enam negeri Sabtu lepas merupakan amaran akhir untuk kelangsungan politik UMNO dan parti itu perlu berubah.

Tengku Zafrul berkata, biar pun Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui Selangor untuk lima tahun lagi, ia tidak menutup hakikat pedih prestasi Barisan Nasional (BN) amat lemah di negeri itu.

BN hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandingi di Selangor dengan satu daripadanya sebelum ini milik DAP.- 

KERAJAAN

MAKIN DILIHAT

TIDAK STABIL

AMIN

EKONOMI AKAN

KACAU

AMIN

BERAPA LAMA

KERAJAAN INI

BOLEH BERTAHAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: