Selasa, 22 Ogos 2023

SAPA 7 YB YANG AKAN LETAK JAWATAN ?


7 ahli Parlimen BN kosongkan kerusi hanya khabar angin – Zahid


SHAH ALAM – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menafikan ura-ura yang mendakwa seramai tujuh ahli Parlimen daripada komponen itu akan mengosongkan kerusi masing-masing tidak lama lagi.

Ia kerana, ahli Parlimen parti tersebut terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal.

“Mereka telah tandatangani aku janji dan dokumen-dokumen itu telah diikrarkan di depan saya. Kalau mahu ambil tindakan yang pada hemat untuk kepentingan diri sendiri eloklah tunggu hingga akhir penggal,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Lokman Noor Adam mendakwa terdapat ura-ura tujuh ahli Parlimen daripada BN bakal meninggalkan parti itu.

Menerusi rakaman video di TikTok, Lokman berkata, antara ahli Parlimen yang bakal bertindak demikian masing-masing seorang daripada Pahang, Sabah dan Utara Semenanjung Malaysia.

Manakala, bakinya ahli Parlimen dari Johor.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, ahli Parlimen sepatutnya menghormati mandat rakyat yang dibuat menerusi pilihan raya dengan menjalankan amanah yang telah diberikan.

“Kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik kita harus melihat mandat dan watikah yang telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri,” tambah beliau.- 

JENG JENG JENG

KHABAR ANGIN

ATAU

KHABAR KENTUT

KAH KAH KAH

BERITA MAKIN

BUSUK DI CIUM

KAH KAH KAH

DAH JADI

BERIAT KENTUT

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Rank&File berkata...

Wak Jahid kata "hormati mandat rakyat" tapi camne kalau PMX yang tak menghormati rakyat dengan lantik Pudin dan Jambri yang kalah PRU15 jadi menteri. Sendiri mau fikirlah.