Selasa, 22 Ogos 2023

ISMAIL SABRI DAN SEJARAH


Sejarah akan berlaku adil terhadap Ismail Sabri – KJ

KUALA LUMPUR – Sejarah akan menjadi lebih adil terhadap  Ismail Sabri Yaakob berikutan kejayaannya menstabilkan politik dan ekonomi negara semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dalam masa lebih setahun, Ismail Sabri telah menstabilkan politik melalui memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang.

Beliau menambah, pentadbiran Ismail Sabri juga telah membuka semula ekonomi negara yang sebelum itu terjejas akibat krisis pandemik Covid-19.

“Dia punya slogan pun bukanlah slogan yang mengancam mana-mana pihak, Keluarga Malaysia, memang berkecuali, dan juga beberapa reformasi yang dia telah bawa dalam bentuk undang-undang di Parlimen.

“Saya fikir sejarah akan berlaku adil terhadapnya,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, semalam.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu, pada Ogos 2021, Ismail Sabri mempunyai perancangan yang jelas untuk mengeluarkan negara daripada kemelut pandemik Covid-19.

Menurut beliau, sebelum itu, keputusan-keputusan kerajaan boleh dipersoalkan seperti sama ada sekatan perjalanan dianggap keterlaluan dan pengurusan pandemik dilakukan dengan baik atau sebaliknya.

Khairy berkata, apabila kadar vaksinasi semakin meningkat selepas Ogos 2021, beliau bersama bekas Menteri Pertahanan,  Hishammuddin Hussein; bekas Menteri Kewangan,  Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa telah mengusahakan inisiatif pembukaan semula secara selamat.

“Saya rasa kami telah melakukan yang betul dalam banyak perkara dan Ismail Sabri memberi mandat kepada kita untuk melaksanakannya.

“Saya rasa oleh kerana persekitaran politik, ramai yang lupa tentang usaha yang kita telah buat untuk meletakkan Malaysia pada asas yang kukuh pada 2022,” jelasnya. – 

WOIT

JANGAN LUPA

SABRI TAK GANGGU

JABATAN HUKUM

AMIN

TAK KACAU

MAHKAMAH

AMIN

NEGARA JADI STABIL

GADUH JADI REDA

AMIN

SEKARANG DAH

JADI TAK STABIL

SEKALI LAGI

AMIN

WOIT

MANA MAIL BERA

SENYAP AJE

TAK KOMEN 

APA APA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Mail mungin akan bertanya tt: hang nak aku komen apa benda lagi?
if you tell the truth you don't have to remember anything kahkahkah

sorry me spik no inglish

amen

Tanpa Nama berkata...

Naik secara bukan pru mudah macam Muhyiddin semua diberi pada rakyat sebab rakyat tak bg mandat pada dia. Utk menang Hari rakyat semua Di beri. Janji jgn kacau dia nak Sakau!