Jumaat, 18 Ogos 2023

TOK MAT GANTI ZAHID



Hakim tolak permohonan Najib gugurkannya dalam bicara kes 1MDB


HAKIM Collin Lawrence Sequerah hari ini memutuskan beliau akan terus mengendalikan perbicaraan kes rasuah Najib Razak yang didakwa menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib membuat permohonan untuk menggugurkan hakim itu daripada prosiding pendengaran kes 1MDB susulan beliau pernah berkhidmat dengan bekas peguam 1MDB iaitu Jasmine Loo Ai Swan.

Sequerah pada masa ini adalah hakim Mahkamah Rayuan tetapi mengendalikan kes itu sebagai hakim mahkamah tinggi.

Najib memfailkan permohonan itu selepas hakim mendedahkan beliau dan Loo pernah bertugas di firma guaman yang sama kira-kira 15 tahun lalu.

Loo terkait dalam perbicaraan kes Najib yang sedang berlangsung membabitkan dakwaan menyeleweng RM2.3 bilion daripada 1MDB.

Ketika menyampaikan keputusan hari ini, Sequerah berkata pernah bekerja dalam satu firma yang sama sebelum ini tidak akan menyebabkan beliau berat sebelah.

Katanya, mereka tidak berhubungan sejak Loo meninggalkan firma Zain & Co pada 2008.

Sequerah berhenti darri firma itu pada 2014 selepas dilantik sebagai hakim.

1MDB mendapatkan khidmat Loo sebagai peguam pada 2011.

Sequerah turut menolak permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk penangguhan perbicaraan hingga rayuan Najib menggugurkan hakim didengar.

Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz kemudiannya mengambil tempat sebagai saksi untuk sesi soal balas oleh Shafee.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. – 18 Ogos, 2023.

WOIT

NAJIB KANTOI

LAGI

AMIN

AKAN BUAT 

RAYUAN ATAS

RAYUAN YANG

DI TOLAK

AMIN

SEMUA INI CARA

NAK LAMBATKAN

KES SELESAI 

AMIN

DENGAN  HARAPAN

UMNO MENANG PRU16

DAN ZAHID JADI PM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: