Khamis, 7 Disember 2023

PERANG SEMAKIN GANAS !!!


Pertempuran Israel-Hamas di selatan Gaza makin ganas

TENTERA Israel bertempur dengan pejuang Hamas di bandar selatan Gaza semalam, ketika PBB terus memberi amaran ketenteraman awam bakal lumpuh sepenuhnya selepas hampir dua bulan Israel menggasak Palestin sejak serangan balas Hamas pada 7 Oktober.

Tentera Israel dengan kereta kebal dan anggota lengkap bersenjata serta jentolak masuk ke Khan Yunis, bandar kedua terbesar di Gaza, menyebabkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa melarikan diri lagi, kata saksi.

Sumber Hamas dan Jihad, satu lagi kumpulan pejuang Palestin berkata pejuang mereka sedang mengawal pintu masuk ke bandar itu.

Tetapi tentera Israel berkata ia sudah berjaya menembusi barisan pertahanan dan melakukan serangan di tengah bandar, di mana mereka menemui dan memusnahkan 30 ruang masuk terowong.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan video berkata tenteranya semakin menghampiri rumah ketua Hamas Yahya Sinwar, dengan seorang jurucakap berkata ia terletak bawah tanah di kawasan Khan Yunis.

Israel isytihar perang terhadap Hamas selepas kumpulan pejuang itu menyerang balas pada 7 Oktober menyebabkan 1,200 maut, kebanyakannya orang awam, kata pihak berkuasa Israel.

Setakat ini, Hamas berkata 16,248 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam perang itu.

Di utara Gaza, rumah musnah menyebabkan 1.9 juta penduduk hilang tempat tinggal, menurut data PBB. – AFP, 7 Disember, 2023.

ALANG ALANG

MENYELOK

PEKASAM BIAR

SAMPAI ISRAEL

MUSNAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: