Khamis, 7 Disember 2023

HINA MELAYU


Mak cik Kemboja, anak, tidak mengaku salah hina Melayu

PEMILIK syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd, Mariyah Yaakob, 47, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan mengapikan kaum Melayu di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka. 

Wanita asal Kemboja itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, usahawan tersebut membuat satu pernyataan melalui rakaman video di aplikasi TikTok miliknya yang ditonton di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah.

Tertuduh membuat penyataan tersebut pada 16 November lepas sekitar 6 petang dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan. 

Dalam prosiding berbeza, anak lelaki tertuduh Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga pengarah Mariyah Holdings Sdn Bhd, turut mengaku tidak bersalah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok ibunya membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan seorang perempuan mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya. 

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah ditonton pada tarikh, masa dan lokasi yang sama. 

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3)Akta yang sama. 

Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. 

Kedua-dua prosiding yang dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan. 

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Kamal Hisham Jaafar memohon jaminan rendah memandangkan Mariyah seorang ibu tunggal yang menanggung tiga anak, selain perniagaannya terjejas akibat Covid-19 dan diboikot susulan kes itu, manakala Ezuan Hafsham masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. 

Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM15,000 ke atas Mariyah manakala RM10,000 terhadap Ezuan Hafsham. 

Mahkamah juga membenarkan syarat tambahan seperti dicadangkan oleh pendakwa raya iaitu pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak boleh memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak kerana dikhuatiri mengganggu perjalanan kes. 

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Januari depan bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes. 

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan. – Bernama, 7 Disember, 2023.

SELAGI MELAYU

TIDAK MENGUASAI

EKONOMI MAKA

MELAYU AKAN

TERUS DI HINA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagimana ada sifat hasad dengki sejak dahulu kala sampai sekarang memang tak dihormati sesiapa pun, lagi satu sifat menadah tangan meminta rasuah memang orang rasa keji hina sangat lah kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Apesal Mak Cik Kambuja ni tak hina kaum Cina atau Keling .. ini semua salah UMNO oooop .. salah DAP sebab Melayu kena hina macam taik.