Jumaat, 7 Jun 2024

GAZA DI BOM OLEH BLACKROCK




40 maut dalam pengeboman Israel di sekolah Gaza
GAZA: Sekurang-kurangnya 40 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah.

Sekolah itu menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, kata sumber perubatan kepada Xinhua pada pagi Khamis.

Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Pengarah pejabat media kerajaan yang dikendali Hamas, Ismail Al-Thawabta dan seorang pegawai kementerian kesihatan Gaza memberitahu Reuters seramai 40 orang terbunuh, manakala 73 cedera dalam serangan Israel ke atas sekolah Nuseirat di Semenanjung Gaza.

Kedua-dua pegawai itu menambah bahawa 14 kanak-kanak dan 9 wanita terbunuh dalam serangan itu.

Menurut pihak berkuasa itu, serangan berterusan oleh tentera Israel "adalah bukti jelas jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam".

Terdahulu, Pengarah komunikasi UNRWA Juliette Touma memberitahu jumlah mereka yang dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas sekolah Nuseirat adalah antara 35 dan 45, sambil menambah jumlah itu tidak dapat disahkan.

Israel masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan. - REUTERS/XINHUA

GAZA MATI

KENA BOM

BLACKROCK

AMIN

ANWAR JUAL

HARTA NEGARA

PADA BLACKROCK

KHALAS

Tiada ulasan: