Jumaat, 7 Jun 2024

BERSATU MIMPI SENGET






BERSATU hantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat


KUALA TERENGGANU: BERSATU akan menghantar notis kekosongan kerusi, selepas keahlian enam Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) digugurkan dari parti secara automatik, akhir bulan lalu.

Ketua Penerangan BERSATU, Razali Idris, berkata notis kekosongan itu akan dihantar oleh Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin kepada Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerusi Parlimen itu kosong selepas enam Ahli Parlimen BERSATU menyokong Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, manakala ADUN Selat Klang menyokong Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

"Notis kekosongan kerusi kepada Johari akan dihantar selepas enam Aahli Parlimen berkenaan gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.

"Notis kekosongan kerusi Parlimen itu bertepatan dengan pindaan ke atas Fasal 10, Perlembagaan BERSATU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang);  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, sebelum ini dimaklumkan sudah terhenti secara automatik keahlian parti, selepas mereka menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu berkata, notis kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Selat Klang juga akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN Selangor, Lau Weng San.

Katanya, kerusi itu kosong selepas Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta gagal menjawab surat taat setia kepada parti dalam tempoh ditetapkan.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) enam kerusi dan DUN yang kosong, Razali berkata, speaker dan Yang Dipertua DUN akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

"Kita serahkan tanggungjawab itu kepada Speaker dan Yang Dipertua DUN untuk memaklumkan kekosongan kerusi bagi membolehkan PRK diadakan," katanya.

KAH KAH KAH

BERSATU NI

MIMPI SENGET

AMIN

BERSATU

TUDUH PAKATAN

MENIPU BOHONG

TAK BOLEH PAKAI

KAH KAH KAH

APAKAH PAKATAN

AKAN JADI JUJUR

BAIK HATI  IKUT 

PERLEMBAGAAN

KAH KAH KAH

BERSATU NI

TAK FAHAM

POLITIK KE ?

KHALAS

Tiada ulasan: