Selasa, 22 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 22  JULAI 2025

LAGI 3 HARI KITA BERDEMO


MINYAK RON95 TAK JADI NAIK harga
Kah kah kah... Gua tergolek dog ketawa bila   gua baca minyak RON95 tak jadi naik harga – kah kah kah.   Kunun untuk dikaji semula – kah kah kah.  
Lanchau kaji semula.

INI BUKTI DEMO SABTU 26 Julai di DATARAN MERDEKA  dah berjaya. Jeng jeng jeng . Ini kejayaan pertama. Ini baru himpunan sana sini  – baru kempen sana sini – kini  dah tunjuk kejayaan.  

Ini DEMO bawa hasil SEBELUM BERDEMO. Hasil  dah sampaiai. Jika ribu ribu turun apa lagi hasilnay...jeng jeng jeng.

DEMO SAH DAH JADI BUDAYA – gua gumbira  - dalam hal ini kerana gua amat yakin hanya dengan POLITK DEMO JALAN RAYA baru kerajaan dapat di tukar.

TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA. Sebelum ke pilihan raya turun ke jalan raya. AMIN.

PANAS DAN JEREBU
Musim panas dah sampai. Kali ini ada jerebu pula.  Panas membakar menimbulkan jerebu  berpunca dari minyak asap dan habuk.  Juga ada hutan terbakar di SUMATERA – maka jerebu melintas SELAT MELAKA masuk ke  Semenanjung.

Dari laporan kaji jerebu paling terkesan MELAKA – kerana paling hampir dengan tanah Seberang. 

DI lapor hutan di DILI di Sumatera terbakar. Inilah asap yang datang ke Melaka. Pembenihan awan dah di mula di sana.

MUNGKIN tak lama lagi jika panas berterusan kita juga wajib membuat perkara yang sama.

SABTU INI MACAM MANA?
Panas ke? – hujan ke ? – jerebu ke ? – Turun pasti turun. Kalau warga di Gaza turun bila peluru Zionis bertaburan tak akan kita takut dengan panas. Kah kah kah. AMIN

GAZA
WHO dari PBB umum soldadu Zionis tembak pekerja PBB. Pekerja PBB di ganggu guggat.

AUSTRALIA
Kini mula berani mengutuk Israel yang sedang  melakukan jenayah perang di Gaza.

BELGIUM
Dua  Israel di tahan di Belgium.   Mereka disoal siasat atas tuduhan jenayah perang.

BANGLADESH
Sebuah jet pejuang yang sedang berlatih jatuh terhempas. Lebih dari 20 orang mati dan 170 cedera.

SINGAPURA
Kerajaan Singapura tuduh China Merah ada tim mengintip tempat-tempat sulit di Singapura.

HOKKIEN
Pagi ini Hokkien berjerebu nipis. Langit pucat kelam. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral juga berjerebu. Langit diatas KL Sentral agak gelap macam mendung nak hujan.

Tekukur masih bersuara.  Dari pokok terap yang tinggi gua dengar suara yang gua tak kenal – tapi merdu.

Satu kumpulan Pipit melintas mencari rezeki.

KETIKA gua mengetik ini – tertiba RENYAI  dah turun. Hujan Pagi – Hujan Rahmat – hujan yang di alu-alukan kesampaian.

Ha ha – Gua rasa jika hujan berterusan hari ini akan sejuk.

BRO
SENYUM 
SENYUMLAH
KITA SAMBUT HUJAN PAGI
PEMBAWA SEJUK

Buah delima simpan dalam raga
Bawa ke pasar hendak dijaja
Ron95 tak jadi naik harga
Ini tanda kejayaan demo kita

Cik Ainon ke kedai beli buah pala
Sumbu dibakar jadi tali barut
Madanon gelabah jadi tak tentu hala
Ribu ribu  turun Madafaka jadi kecut

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA

Tiada ulasan: