Penjawat Awam Tidak Pernah Berikrar Pertahankan Anwar, Kata Tun Faisal
KUALA LUMPUR, 22 Jul 25 – Ikrar penjawat awam adalah untuk mempertahankan Raja dan negara dan tidak pernah sesekali mereka berikrar mempertahankan Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail.
Katanya, pembangkang mendesak untuk Anwar diturunkan kerana kegagalannya mengurus ekonomi dan kewangan negara sehingga memaksa rakyat ditekan dengan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Yang hendak diturunkan Anwar sebab apa, zalim kerana membebankan rakyat dengan tarik subsidi rakyat, naikkan tarif elektrik, gagal kawal kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang melampau sehingga mengakibatkan rakyat terbeban.
“Munafik dan penipu, kerana tidak tunaikan janji-janji pilihan raya dan janji-janji Reformasi, mengakibatkan hakisan keyakinan terhadap agensi undang-undang dan institusi kehakiman melalui lantikan-lantikan yang meragukan,” katanya, dalam hantaran Facebook.
Anwar juga dakwanya meremehkan soal kedaulatan dan keselamatan negara dalam hal Ambalat dan jualan saham MAHB kepada entiti BlackRock
Tun Faisal juga menyindir anak Anwar, Nurul Izzah yang menyertai himpunan oleh badan peguam baru-baru ini.
“Lagi pun, kita nak turunkan Anwar je, sejak bila dan mana ada penjawat awam berikrar untuk pertahankan Anwar, bekas banduan penjenayah rasuah salah guna kuasa dan bekas banduan penjenayah liwat yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki.” Katanya.
Pembangkang akan menganjurkan himpunan “Turun Anwar” hujung minggu ini di ibu negara bermula pukul 2 petang. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan