Jumaat, 21 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 21 NOVEMBER 2025

SABAH


KES YB SABAH RASUAH
Gua dah banyak kali lihat klip video  satu MALAON  bernama Albert Tei. Malaon  ini jumpa Yb jumpa Pegawai YB cerita  hal duit yang telah di beri. Ratus ribu yang dah di berikan kepada YB  – UNTUK APA?  Kenapa beri duit ini pada YB ?

GUA mahu ALBERT TEI ini di tangkap – dan di siasat – mana dia dapat DUIT ?  Apa tujuan beri duit pada YB ? 

ALBERTI TEI ini punca RASUAH. Tanpa dia  tak ada rasuah – Dah sampai masanya kita  TAMBAH  undang-undang rasuah – KITA TANGAKAP PEMBERI – kerana pemberi adalah 
Punca rasuah. 

TANPA PEMBERI RASUAH TIDAK AKAN  ADA RASUAH !!!

Selama ini yang di penjara hanya yang MENERIMA RASUAH – kenapa yang memberi tidak di DAKWA ?  Amin.

CERDIK KERTAS DAN KANG KONG
Ha  ha Minah Kang Kong ada buat lawak – dia klim Pedang Nabi Muhamad datang dari Kedah – kah ah kah.

Dulu gua pernah dengar Nabi Adam yang di buang dari SYURGA tercampak ke  GUNUNG JERAI – kah kah kah – Ini menarik – Lebih menarik dari Melayu boleh terbang.

Gua nak tunggu bila Minah Kang Kong ini akan buak cerita  bahawa Nabi Adam dah sampai ke Jeram Toi di Bukit Tangga  Jelebu – kah kah kah.Amin

AMERIKA
Trump dah cadang satu  jalan selesai Perang  Ukraine – tapi incian belum jelas. Zelensky sedang gelabah. Apa yang jelas ialah Rusia akan menaga.

GAZA
Zionis Israel buat serangan  besar yang baru.  Empat warga  gugur. Ini menggugat  Perjanjian Damai 2025.

PALESTIN
Data diumun: Semenjak 2023  seramai 19,000  murid sekolah telah di bunuh. Oleh Zionis Israel Blackrock.

PBB NEW YORK
Diumumkan bahawa 2.2 bilion umat manusia dalam dunia ini TIDAK pernah guna Internet.

HOKKIEN
Pagi ini hujan -  kejap renyap kejap lebat kejap berhenti – Gua  masuk juga keran nak beri makan pada Keluarga Siti.

Semua masuk ke dalam Wakaf Pertama – di luar renyai dan basah.

Siti tidak kelihatan pagi ini – ada 5 Puppy – Siti hilang – Petang ini gua akan susul. 

Ketika gua mengetik ini matahari dah muncul. Gua harap panas akan sampai – Tanpa hujan kita tak tahu nikmat panas. Dengan panas kita tahu nikmat hujan. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO
Kena bisul koyak berdarah
Sakit merana tidak terperi
Shamsul Iskandar  tidak  rasuah
Cari duit  untuk parti

Beli keranda  beli peti
Cik Zainon  turun ke sawah 
Inilah tanda inilah bukti
Madanon Anwar melawan rasuah

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT












Tiada ulasan: