Jumaat, 21 November 2025

ANWAR BIN IBRAHIM SELAMATKAN SHAMSUL



PM tolak desakan pecat setiausaha politik, sifatkan surat sokongan bukan arahan


Anwar bin Ibrahim mengetepikan desakan agar beliau memecat setiausaha politiknya, yang terpalit kontroversi berhubung surat sokongan dikeluarkan bagi kontraktor yang membida projek hospital.

Menjawab pertanyaan mengenai desakan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya tindakan sedemikian diambil, Perdana Menteri berkata:

"Saya faham dari mana datangnya pandangan beliau, tetapi kita perlu melihat kepada tahap kesalahan.

"Saya memang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan (setiausaha politik itu), tetapi kita perlu tanya sama ada projek itu benar-benar diberikan berdasarkan suratnya... jawapannya tidak.

"Jadi, kita sudah menegurnya... kita tidak boleh mendesak tindakan tegas diambil hanya kerana kita tidak bersetuju dengan orang itu. Kita perlu konsisten.

"Saya telah menggunakan kata-kata keras terhadap kakitangan saya supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain juga," katanya.

Rafizi sebelum ini berkata Anwar perlu bertindak lebih daripada sekadar menegur, dan memecat setiausaha politik berkenaan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata hanya dengan cara itu perdana menteri akan menghantar mesej jelas mengenai komitmennya membanteras rasuah.

"Itu yang sepatutnya berlaku. Jangan tegur. Pecat sahaja," kata Rafizi dalam satu video yang dimuat naik pada akaun Facebook miliknya.

Pada Selasa lalu, Anwar memaklumkan Dewan Rakyat bahawa setiausaha politiknya sudah ditegur berhubung isu berkenaan, dan peraturan kerajaan melarang pengeluaran surat sokongan sebegitu.

Anwar berkata beliau hanya boleh menulis sila teliti walaupun bagi surat yang ditujukan kepadanya, dan kontrak boleh disemak tetapi tidak boleh diberi sokongan automatik.

Namun, Rafizi berkata jawapan Anwar kurang `umph', memandangkan surat berkenaan didedahkan tahun lalu dan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad juga sudah mengesahkan keasliannya.

Mengenai desakan Rafizi supaya setiausaha politik berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut, Anwar berkata:

"Surat itu bukan arahan. Anda dengar orang bercakap tentang rasuah ada satu dua kes, tetapi mereka langsung berdiam diri tentang berbilion ringgit yang dicuri apabila ia melibatkan rakan atau penyumbang mereka.

"Bagi saya, ini lebih serius. Saya tidak ada simpati kepada mereka yang melarikan berbilion. Kamu pejam mata pada semua kes besar ini tetapi memperbesarkan isu kecil... betul, ia memang tidak boleh dibiarkan, tetapi ia tidak patut disamakan dengan kes berbilion yang dicuri," katanya.

Apabila ditanya sama ada amaran keras sudah mencukupi, Anwar berkata pengkritik perlu konsisten dalam memilih isu yang hendak diperjuangkan.

"Mereka mesti konsisten... kamu tidak mengetengahkan kes rasuah besar melibatkan VIP (orang kenamaan), tetapi kamu buru ikan bilis hanya untuk meraih populariti, " katanya.

LANGKAH BIJAK

 DAN TEPAT

AMIN

ANWAR NIN

IBRAHIM TELAH 

SELAMATKAN

SAMSUL  

AMIN

INI PENTING

KERANA SAMSUL

CARI DUIT MELALUI

KOMISEN UNTUK

PARTI PKR

AMIN

LAGI PUN

ANWAR BIN

IBRAHIM 

TAK ADA GAJI

AMIN

DUIT KOMISEN

 PERLU UNTUK

BAJET POLITIK

KHALAS

Tiada ulasan: