Ahad, 3 April 2022

PUASA HARI PERTAMA

 




PUASA HARI 1


ENDEMIK KE 3

AHAD  3/4/2022
PUASA HARI PERTAMA
ENDEMIK HARI KE 3

POLITIK TAK BANYAK HEBOH
RAMADAN MASUK
KITA TUNGGU
PARLIMEN BERSIDANG
UNTUK BINCANG
AKTA IBRAHIM ALI
INI AKAN BAWA HEBOH

 UKRAINE HARI KE 37?
KEMUSNAHAN DISANA SINI
RUSIA MASIH MENYERANG

RUANG DAMAI
DARI ISTAMBUL
TIDAK MEMBAWA APA APA

MENTERI LUAR RUSIA
SERGEI  LAVROV
MELAWAT INDIA
HAL JUAL BELI MINYAK

AMERIKA NAIK ANGIN
KERANA INDIA BELI MINYAK
DARI RUSIA
ADA KEDENGARAN
CADANGAN BARU UNTUK
MELAKUKAN  SEKATAN EKONOMI
PADA  NEGARA YANG TERUS
BERNIAGA DENGAN RUSIA
AMIN

PAGI AHAD INI
HOKKIEN RAMAI KERETA
GUA IKUT NAIK BUKIT
NAMPAK PULUHAN KERETA
BERSUSUN DITEPI JALAN

ASAP BERKEPUL KEPUL
MERCUN BERDENDAM DENTUM
MENAKUTKAN TAK TAK & EZI

DI LERENG BUKIT
MASIH ADA KICAUAN MURAI
YANG LAIN TAK DI DENGAR

ABANG RELA
BERTUGAS SENDIRIAN
TEMAN SEKERJA KAKAK RELA
BERTUGAS  DI LORONG LAIN
GUA TANYA SAMPAI JAM BERAPA
ABANG RELA KATA:
HINGGA JAM 2 PETANG

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUMLAH
SENYUM MENYAMBUT
PAGI RAMADAN

BRO
SESIAPA MEMBERI CAHAYA
MESTI SANGGUP TERBAKAR

BRO
HIDUP INI BANYAK PANCAROBA
ADA TERBUKA
ADA YANG BIJAK
DAN ADA GELAP

BRO
JANGKAKAN SUNGAI ITU
GANAS  DERAS
SEDIA MENCABAR
ANGGAPAN LAIN
HANYA SATU ILUSI

BRO
KITA TAK PERLU
MENUNGGU BALASAN
KERANA MEMBUAT KEBAJIKAN
BUAT KEBAJIKAN ITU
SENDIRI ADALAH HADIAH

BRO
KEINGINAN ADALAH
KONTREK YANG  MEMBAWA
KITA SUSAH HATI
SEHINGGA DAPAT
APA YANG DIIDAMKAN

BRO
WUJUDIAH KITA INI
TERLALU KECIL
SAMA SEPERTI KELIP KELIP
DI MALAM HARI

BRO
ALAM SEMESTA INI
TELAH LAMA WUJUD
ALAM SEMESTA INI 
LUAS TERBENTANG
KALAU PUN  SECARA ILMIAH
KITA KAJI
YANG KITA TEMUI ITU
TAKDA APA APA

BRO
JANGAN PERCAYA SANGAT
PADA REAKSI PERTAMA KITA
JANGAKAN KITA TELAH
BERTINDAK BERLEBIHAN
KAWAL DAN JAGA TENAGA EMOSI
UNTUK PEKARA SEBENAR
AMIN

LAKUKAN  SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA 

Tiada ulasan: