Ahad, 3 April 2022

LANGKAH TEPAT - RAKYAT SOKONG

 




Jumpa Dr Mahathir untuk kerjasama PRU15, kata Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin berkata beliau mengambil inisiatif bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad selepas beberapa pemimpin pembangkang mencadangkan beberapa kerjasama politik perlu dijalin bagi mengelak pertembungan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Bersatu berkata mesyuarat itu adalah langkah awal untuk mendapatkan pandangan pemimpin parti-parti politik dan tiada keputusan muktamad dibuat.

“Selepas Pilihan Raya Negeri Johor, saya didatangi oleh beberapa orang pemimpin parti politik termasuk daripada Parti Pejuang. 

“Mereka menyuarakan pandangan kepada saya bahawa lebih baik parti-parti selain Barisan Nasional merintis suatu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15. 

“Pertemuan saya dengan Dr Mahathir yang diatur selepas seorang pemimpin kanan parti Pejuang datang menemui saya adalah sebahagian daripada inisiatif ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang dimuat naik oleh ahli Parlimen Pagoh itu di laman Facebooknya.

Sejak beberapa hari lepas Dr Mahathir dan Ketua Pembangkang mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin.

Semalam Dr Mahathir semasa mengesahkan pertemuan itu berkata Pejuang tidak akan menyokong presiden Bersatu untuk menjadi perdana menteri lagi.

“Semasa dia jadi perdana menteri, ramai orang tak puas hati dengan kepemimpinannya. Dia bukan perdana menteri yang baik.

“Jika dia lakukan perkara yang bagus untuk negara, saya percaya saya tak sokong pun dia boleh menang.

“Kami tidak akan menyokong perdana menteri yang ada banyak kegagalan sama seperti Najib,” katanya lagi dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata terdapat perbincangan antara Muhyiddin dan beliau tetapi tidak pernah membincangkan menyokong pengerusi Bersatu itu untuk menjadi perdana menteri lagi.

Presiden PKR itu bagaimanapun berkata perbincangan itu tidak melibatkan sebarang perbincangan mengenai kerjasama.

“Itu keputusan mereka, PH tak terlibat, pertemuan (dengan Muhyiddin) berlangsung untuk suatu ketika, saya tidak boleh nafikannya.

“Tetapi tiada persoalan dibangkitkan tentang keputusan membentuk gabungan menyokong beliau, ia tidak berbangkit,” kata Anwar yang tidak menyebut tarikh pertemuan itu.

Anwar juga menegaskan isu sama ada PH akan bekerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga tidak berbangkit buat masa ini.

“Ia tidak berbangkit isu itu (kerjasama dengan Dr Mahathir),” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan bekas pengerusi DAP Lim Kit Siang di Subang Jaya pada malam Sabtu.

Dalam kenyataannya Muhyiddin tidak menyentuh komen mereka tetapi berkata pemimpin politik dan beberapa penganalisis sedar majoriti rakyat masih tidak menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi disebabkan pertembungan pelbagai penjuru antara parti politik yang bertanding menyebabkan undi berpecah.

“Ini menyebabkan BN dapat memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor walaupun ditolak oleh majoriti rakyat. 

“Mereka sependapat untuk sebolehnya mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15 bagi menghalang golongan kleptokrat dalam BN kembali berkuasa. Pandangan seumpama ini juga disuarakan oleh ramai penganalisis politik,” kata pengerusi Perikatan Nasional berkenaan. 

Muhyiddin berkata inilah sebab mengapa beliau bersetuju untuk bertemu dengan pemimpin utama parti politik dalam kerajaan dan pembangkang untuk merintis kerjasama pada PRU15. – 2 April, 2022.



MUHYIDIN AMBIL

LANGKAH TEPAT

AMIN

BUKA PINTU

BINCANG DULU

AMIN

APA ANWAR KATA

APA MADEY KATA

TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

BERBINCANG 

UNTUK MENDIRIKAN

KHEMAH BESAR

PERSERIKATAN

UNITED FRONT

BARU 

AMIN

HANYA SATU

TUJUAN HALANG

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

Tiada ulasan: