Ahad, 3 April 2022

RAMALAN TT TEPAT

 



PM Pakistan umum pembubaran Parlimen, beri laluan pilihan raya

PERDANA Menteri Pakistan Imran Khan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu, beberapa minit selepas timbalan speaker Dewan Negara enggan mendengar usul undi tidak percaya.

Khan ketika berucap di depan TV kerajaan berkata terdapat campur tangan yang tidak boleh diterima dalam institusi demokrasi Pakistan, dan kerajaan sementara harus dibentuk untuk mengadakan pilihan raya baharu.

“Saya sudah menghantar surat pemakluman kepada presiden untuk membubarkan Parlimen… kami akan mengadakan pilihan raya dan biarkan rakyat membuat keputusan,” katanya.

“Apabila surat pemakluman itu sampai kepada presiden, Parlimen akan dibubarkan dan diikuti dengan proses penubuhan kerajaan sementara,” tambahnya.

Tiada satu pun perdana menteri Pakistan menamatkan penggal penuh, dan Khan berdepan cabaran terbesar terhadap pemerintahannya sejak dipilih pada 2018, dengan pihak lawan menuduhnya melakukan salah urus tadbir ekonomi dan pencerobohan dasar luar.

Parlimen negara itu sepatutnya membahaskan usul undi tidak percaya terhadap Khan hari ini, tetapi timbalan speaker enggan menerimanya menyebabkan berlaku kekecohan.

“Saya menolak usul undi tidak percaya ini mengikut perlembagaan,” kata timbalan speaker Qasim Suri, seorang penyokong setia Khan, ketika sesi bermula.

Parti pimpinan Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) secara rasmi kehilangan majoriti dalam kalangan 342 ahli minggu lalu apabila rakan gabungan PTI memaklumkan tujuh ahli Parlimennya akan menyokong pembangkang.

Lebih 12 ahli Parlimen PTI juga telah menyatakan hasrat berpaling tadah.

Khan telah menuduh pembangkang bersekongkol dengan “kuasa asing” untuk menyingkirkannya kerana beliau tidak akan menyebelahi Barat dalam isu global menentang Rusia dan China.

Awal minggu ini Khan menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Pakistan. – AFP, 3 April, 2022.

RAMALAN TT

TEPAT

KAH KAH KAH

HARI HARI AKHIR

SAEKOR

IMRAN 

AMIN

KENA BOWL OUT

OLEH MILITER

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: