Bersatu tak perlu bimbang jika sumber dana sah, kata Azam Baki
AKAUN Bersatu dibeku bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca sumber kewangan parti berkenaan, kata Azam Baki.
Ketua pesuruhjaya agensi antirasuah itu berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan jika dana Bersatu datang daripada sumber yang sah.
“SPRM sedang menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Menjadi kewajipan kami untuk menyiasat. Antara tumpuan kami ialah untuk menetukan sama ada sumber dana tersebut diperolehi secara sah atau tidak,” katanya.s.
Tambahnya jika hasil siasatan mendapati wujud salah laku, kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Beliau selain itu menegaskan siasatan terhadap Bersatu dijalankan secara telus dan profesional. – 3 Februari 2023.
1 ulasan:
Kalau kita menang malam ni ..isok lepas soboh kita gari Azam Baki ..wueeeek ..
Catat Ulasan