Jumaat, 3 Februari 2023

KENAPA JO LO TIDAK DI TANGKAP ?


Bekas pegawai bank terkejut Jho Low nafi berbual dengannya mengenai akaun Najib


SEORANG bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan  Low Taek Jho (Jho Low) memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau tidak pernah berkomunikasi dengannya mengenai pengurusan akaun bank Najib Razak.

Joanna Yu  Ging Ping, 52, yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Muhammad Shafee: Jho Low ditunjukkan perbualan BlackBerry Messenger (BBM) oleh SPRM dan dia tidak mengenali (mesej itu) dan berkata beliau tidak pernah bercakap dengan anda. Anda terkejut? 

Yu: Ya

Muhammad Shafee: Dalam keterangan saksinya, Jho Low berkata dia tiada kena-mengena dengan membawa akaun Najib ke bank. Jawab Yu “saya rasa terkejut.”

Saksi ke-41 pendakwaan yang mengendalikan akaun bank Najib bersetuju dengan peguam itu sebenarnya Jho Low berhubung dengan beliau banyak kali.

Jho Low membuat kenyataan itu kepada SPRM ketika disoal di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 27 November 2015.

Pada prosiding hari ini mahkamah mendengar perbualan BBM antara Jho Low dan Yu mengenai status akaun Najib dengan Jho Low mengeluarkan banyak arahan kepada Yu mengenai transaksi dan penyata bank Najib. 

Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi itu mengenai tawaran pekerjaan daripada Jho Low dalam salah satu syarikat miliknya dengan gaji lebih tinggi pada 2013.

Muhammad Shafee: Adakah Jho Low cuba menawarkan kamu pekerjaan?

Yu: Ya dia ada menawarkannya. Saya kata saya ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya sudah berkeluarga dan saya tidak mahu bekerja mengikut gaya hidup beliau. Jho Lo meminta saya menyertai satu daripada syarikat-syarikatnya.

Muhammad Shafee: Adakah perkara itu dibangkitkan lagi?

Yu: Dia sentiasa bertanyakan perkara itu tetapi saya mengatakan tidak secara sopan. Saya hanya kata saya perlu memikirkannya.

Najib, 70 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung esok. – Bernama, 2 Februari 2023.

JO LO

DI PILIHARA

CHINA MERAH

AMIN

CHINA MERAH

HARAP NAJIB

AKAN KEMBALI

BERKUASA

AMIN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

Tiada ulasan: